[VIDEO] ‘Ini Kain Buruk’, Perli Pakaian Iban..Gurauan Ryzal & Maryam Durian Kimchi Undang Kecaman Netizen

Gara-gara bergurau mengenai pakaian etnik Iban, pasangan selebriti media sosial yang terkenal dengan jolokan ‘Durian Kimchi’ Ryzal Ibrahim dan Maryam teruk dikecam di media sosial.

Setiap masyarakat pastinya mempunyai pakaian tradisi masing-masing tidak kira masyarakat Melayu, Cina, India mahupun Korea. Orang ramai sejak dari kecil lagi sudah mulai diajar untuk menghormati adat dan budaya setiap masyarakat serta elakkan menyentuh sensitivi masyarakat lain agar dapat terus hidup dalam keadaan yang harmoni.

Menerusi video yang tular serta sudah dipadam oleh Ryzal Ibrahim selepas menerima kecaman, beliau selaku pereka fesyen seolah menghina pakaian tradisi masyarakat Iban dalam ‘gurauan’ dengan melabelnya sebagai kain buruk. Bukan itu sahaja, aksesori yang tersedia pada pakaian tersebut turut dilabel sebagai ‘kain meja’ dan ‘kain alas TV’.

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

[videopress m0c5ohxV]

‘Gurauan’ beliau yang dianggap melampau ini nampaknya telah membuatkan mereka daripada masyarakat Iban berang dengan gurauannya. Malah, para netizen juga kurang senang dengan jenaka yang dibuat.

Menurut mereka, Ryzal seolah-olah tidak menghormati pakaian tradisional etnik itu dan isu tersebut turut mendapat perhatian beberapa selebriti popular seperti Sharnaaz Ahmad, Faye Kushairi, Bob Yusuf dan ramai lagi yang bertindak mengecam tindakan Ryzal berkongsi video berkenaan.

 

Terkilan dengan tindakan tersebut, penyanyi Nana Sheme yang juga mempunyai darah keturunan Iban menyifatkan tindakan selebriti media sosial itu keterluan dan tidak sensitif.

Tegas Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, apa yang dilakukan Ryzal seolah-olah menghina budaya kaum lain yang wujud di Malaysia.

“Ikutkan saya ini jenis tak suka masuk campur dalam urusan orang lain atau nak cipta kontroversi. Tapi kali ini, saya terpaksa bersuara sebab melibatkan isu budaya.

“Tambahan pula, saya memang ada darah keturunan Iban dan individu itu tidak sepatutnya menjadikan pakaian tradisional Iban sebagai bahan jenaka.

“Jangan jadikan budaya sebagai bahan jenaka… nak bergurau tu boleh tapi jangan bergurau melibatkan budaya orang lain,” kata Nana

Sebelum ini, penyanyi lagu Hantu Atau Buaya itu memuat naik status di laman Instagram menegur tindakan seorang Inuencer yang mempersendakan pakaian tradisional Iban.

“To be honest, lebih rasa dia menghina sebab menggunakan ayat ‘kain buruk’ when describing the Kain Karap.

“Bukan nak tambah minyak pada api… izinkan saya menggunakan platform saya untuk menghentikan normalisasi yang menjadikan budaya orang lain sebagai bahan jenaka. Hentikan mentaliti low class ini.

“Awak boleh minta maaf tapi kena faham… terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sila hadam danbelajar dari kesilapan,” tulisnya di Instagram pada Khamis

Dalam pada itu, bekas peserta Big Stage 2020 ini memberitahu dia terpaksa memberi teguran yang tegas kepada Ryzal dan berharap apa yang berlaku dijadikan satu pengajaran.

“Ada masa kita beri teguran secara lembut tapi kali ini, terpaksa bertegas. Saya tidak menyerang dia tapi apa yang saya cakap hanya sekadar nasihat, bukan untuk dia sahaja tapi semua orang termasuk diri saya.

“Sebagai orang yang berpengaruh tinggi di laman sosial, dia sepatutnya menggunakan platform itu dengan menyebarkan perkara yang positif.

“Kalau betul nak cakap fasal pakaian tradisional, jadikan ia education content. Saya harap, apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat semua orang,” ujarnya

Ryzal Ibrahim tampil memohon maaf

https://www.instagram.com/p/CPWN0y3pDcw/

Berikutan tindakan beliau yang bergurau melebihi batas serta menerima kecamaan di Facebook dan Instagram, Ryzal Ibrahim tampil dengan video permohonan maaf  kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Iban di Sarawak. Beliau mengakui tidak menjaga sensitiviti dan bergurau melebihi batas bersama isterinya.

Diharap situasi atau jenaka yang sama tidak lagi berulang melihatkan negara Malaysia yang didiami oleh berbilang kaum sekaligus dapat menjaga hati dan sensitiviti orang ramai.

Maryam Pula Mengalir Air Mata Sebak

Malah, Maryam turut membuat permohonan maaf secara peribadi kepada semua rakyat Malaysia biarpun rata-rata kecaman ditujukan buat suaminya. Dalam sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram nya, kelihatan Maryam mengalirkan air mata sebak kerana kesal dengan apa yang terjadi.

Sumber: mSTAR, Facebook,  Astro Gempak (Amir Hassan), Faye Kusairi, Sharnaaz AhmadRyzal Ibrahimmaryamyunrr

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker