Resepi Ayam Goreng Cili Padi Padu



Sebaran :

Resepi Ayam Goreng Cili Padi Padu
Resepi Ayam Goreng Cili Padi Padu

Selalu sangat makan ayam goreng biasa lama-lama jemu juga kan.
Jom kita cuba resepi ayam goreng cili padu, memang padu.

Ayam goreng cili padi ini makan pula dengan ulam raja mesti menambahkan selera kita semua.



Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (dibelah 10) dibersihkan
  • Serbuk kunyit(lumur pada ayam)
  • 1 batang serai (dikatok)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 1 tangkai daun ketumbar (akar sahaja)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak

Bahan Kisar

  • 20 batang cili padi hijau
  • 7 batang cili padi merah
  • 2-3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara memasak

1)panaskan minyak,lumurkan garam Dan kunyit pada ayam Dan goreng sehingga masak.

Resepi Ayam Goreng Cili Padi Padu

2)gunakan minyak Yang Sama(6 sudu besar).

3)masukkan serai,masak sehingga Naik bau.



Resepi Ayam Goreng Cili Padi Padu

4)kemudian,masukkan bahan Yang dikisar Tumis seketika.

Resepi Ayam Goreng Cili Padi Padu

5)masukkan akar ketumbar Dan daun kunyit Yang telah dihiris tadi.

6)akhir sekali,perasakan dengan garam Dan serbuk perasa,Dan masukkan ayam.GAUL RATA Dan biarkan ianya merenih seketika.



7)Siap dihidang.

Sila cuba dan kalau sedap sila share dengan kawan-kawan. Tapi yang semestinya ayam goreng cili padi ni memang padu.

Resepi Nurul Ateekah


Baca Artikel Menari



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi ayam goreng tomyam pedas


Sebaran :


Leave a Reply