Perlu Gencatan Politik hingga kes jangkitan COVID-19 sifar

Sebaran :

Perjudi kesihatan, nyawa rakyat untuk kepentingan politik tindakan tak perikemanusiaan

Gencatan politik perlu dilaksanakan di Malaysia bagi membendung penularan COVID-19 dalam komuniti yang kini sudah melonjak lebih 7,000 kes jangkitan.

Langkah itu disarankan Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad – sehingga kes baharu harian merekodkan sifar kes ataupun 80 peratus rakyat telah divaksin bagi mencapai ‘herd immunity’.

Baginya, menjadikan kesihatan dan nyawa rakyat sebagai ‘collateral damage’ dalam pergelutan kuasa politik di Malaysia adalah amat mendukacitakan.



“Saya mencadangkan ‘gencatan senjata’ politik penuh dilaksanakan di Malaysia sehingga kita mencapai 0 kes baharu harian atau 80 peratus rakyat telah divaksin bagi mencapai ‘herd immunity’

“Sehingga itu, semua parti politik dan jentera kerajaan pusat dan negeri tanpa mengira warna parti bekerjasama membangun polisi dan strategi bagi memerangi wabak COVID-19 yang membunuh ini,” katanya dalam satu kenyatan.

Dakwaan Jurulatih Kebangsaan ‘Memegang Payudara dan Melancap’ Akan Disiasat

Dalam pada itu, beliau turut memberi pandangan berhubung cakap-cakap mengenai prosedur operasi standard (SOP) kerajaan serta Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).


“Saya dengar ada orang kata, kerajaan sengaja tak nak ambil tindakan tegas untuk perketat SOP COVID-19 supaya kes tak berkurang menjelang tamatnya darurat Ogos nanti, jadi ada alasan untuk elak PRU-15!

“Saya secara peribadi tak fikir kerajaan sanggup buat begitu. Memperjudikan kesihatan dan nyawa rakyat untuk kepentingan politik adalah tindakan yang amat tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Bahkan katanya, sekiranya kerajaan dilihat bersungguh-sungguh ingin menjaga ekonomi dan sara hidup rakyat, sudah pastilah nyawa patut lebih diutamakan.

“Kini, kematian harian akibat pandemik COVID-19 telah mencecah angka 60 orang. Mereka adalah datuk, nenek, ibu, ayah, adik beradik, anak, suami atau isteri kepada seseorang,” katanya.

 

Berenang dengan ‘buaya’ – atlet imbau gangguan seksual jurulatih

Perlu ‘gencatan politik’ hingga kes jangkitan COVID-19 sifar


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

 


Sebaran :

Leave a Reply