Pekerja kilang pakai ‘gelang pink’ beli barang di kedai


KUALA SELANGOR: Polis mengesahkan menerima aduan berhubung video tular beberapa orang pekerja sebuah kilang yang memakai gelang pesakit di bawah pengawasan (PUS) berada di sebuah kedai di Pekan Sungai Sembilang, Jeram di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati pekerja warga asing terbabit merupakan kontak rapat yang sedang menunggu bas untuk dibawa ke pusat kuarantin di Meru.

Bagaimanapun, katanya, kesempatan itu digunakan beberapa pekerja untuk pergi ke kedai.

“Pihak polis telah sampai di tempat tersebut dan telah mengarah pekerja tersebut berkumpul untuk dibawa ke pusat kuarantin.



“Polis difahamkan seramai 44 pekerja kilang terbabit positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini seorang pemilik akaun media sosial memuat naik status memaparkan rakaman video beberapa pekerja warga asing membeli barangan dan berlegar-legar di sebuah kedai walaupun memakai gelang PUS di tangan.

Status yang dimuat naik itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada orang ramai. Awani

Kompaun RM5,000 membeli belah di pasar raya pakai gelang ‘pink’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker