Kompaun RM5,000 membeli belah di pasar raya pakai gelang ‘pink’



Sebaran :


SIKAP tidak acuh seorang lelaki keluar membeli belah di sebuah pasar raya dekat Raub, Pahang ketika dia masih menjalani kuarantin rumah mengundang padah apabila dikompaun RM5,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Kama Azural Mohamed berkata, Chow Chee Hong,48, dari Kampung Sungai Ruan dikenakan kompaun itu kerana melanggar SOP yang ditetapkan dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan membeli belah di pasar raya ketika sedang dalam kuarantin dan memakai gelang merah jambu.

Menurutnya, alasan yang diberikan oleh orang kena kompaun (OKK) tersebut adalah dia beranggapan bahawa tidak boleh keluar dari kawasan Sungai Ruan dan tidak mendapat penjelasan yang teliti dari pihak KKM selepas memakai gelang supaya tidak keluar dari rumah.



“Alasan sebegini adalah tidak munasabah.OKK tersebut telah dikompaun di bawah Perkara 22(b) PPPDPPB dengan jumlah kompau RM 5,000 kerana gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang berwarna merah jambu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu tangkap layar yang dimuat naik oleh penama Rasyidie Azren di laman Facebook Penduduk Raub berkenaan seorang lelaki yang memakai gelang warna merah jambu sedang membuat pembayaran di kaunter sebuah pasar raya yang disyaki berada di pekan Sungai Ruan, Raub, Pahang.

Penama dalam gambar tersebut telah dikompaun oleh pihak polis pada 6 Mei 2021 atas kesalahan melanggar SOP yang telah ditetapkan mengikut peraturan PKPD iaitu OKK telah gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang warna merah jambu. Utv



Menteri, artis dan agamawan langgar SOP, rakyat muak dengan ‘double standard’ ini! – Ridhuan Tee


Sebaran :


Leave a Reply