Menteri, artis dan agamawan langgar SOP, rakyat muak dengan ‘double standard’ ini! – Ridhuan Tee

Menteri, artis dan agamawan langgar SOP, rakyat muak dengan ‘double standard’ ini! - Ridhuan Tee

KADANG kala naik lemas membaca berita, kisah selebriti (artis) dan agamawan langgar SOP ketika wabak COVID-19 melanda. Nak kahwin langgar SOP. Rentas negeri, bulan madu, langgar SOP. Bagi artis yang melahirkan anak, langgar SOP. Buat akikah anak, langgar SOP.

Orang lain kahwin juga, beranak juga, tetapi tidak seriuh artis. Semua mahukan publisiti, seolah-olah mahu ‘memperdagangkan’ perkahwinan atau anak yang baharu dilahirkan. Sedih melihat budaya kita hari ini.

Lebih-lebih lagi jika diri sendiri yang diviralkan dalam media sosial. Yang tak tahu, jadi tahu. Yang dah tahu, sudah tentu jadi lebih tahu. Akhirnya, bila jadi kontroversi, mula kelam-kabut dan gelabah. Apabila tindakan dikenakan, bayar kompaun yang tinggi, polis disalahkan. Sedangkan kita tahu, ‘kesalahan’ itu sengaja diakukan bagi mendapatkan publisiti murahan.

Lebih malang lagi, ada yang kena, ada yang seolah-olah kebal, boleh terlepas. Sama juga kes kompaun yang dikenakan RM50 ribu. Saya difahamkan, pihak polis tidak bertindak semberono, atau sengaja mengenakan kompaun maksimum.

Kesalahan langgar SOP, dilakukan berulang kali. Ingatan demi ingatan telah diberikan, tetapi tidak diendahkan. Apabila kompaun maksima dikenakan, jadi viral, minta simpati. Polis juga yang dipersalahkan. Sedangkan polis bertindak mengikut prosedur. Kasihan polis.

Ayahanda Rani tanya, “motor Pakistan bawa karpet daftar kenderaan dagangan?”

Kadangkala saya berasa pelik, kenapa perkara sunat seperti aqiqah ini perlu diperbesar-besar atau diberikan publisiti meluas, terutama ketika wabak COVID-19. Panggil pula orang-orang ternama termasuk menteri dan selebriti agama. Tujuan tidak lain, mahu dapat publisiti.

Saya mahu ingatkan sahaja, aqiqah belum tentu dapat menjamin pembentukan anak-anak yang soleh solehah, jika tidak dididik dengan cara yang betul. Termasuk menjemput ustaz-ustaz bagi menyempurnakan upacaranya itu, bagi menunjukkan ianya Islamik.

Jika ustaz ada ‘kuasa’ sudah tentu anak-anak ustaz (ustazah) semua jadi baik belaka. Tetapi tidak semua perkara itu berlaku. Ada juga anak ustaz (ustazah) dan rumahtangga tidak menjadi. Ustaz-ustaz ini pula satu hal, apabila artis yang menjemput, teruja selalu. Sanggup merentas negeri. Ada yang sanggup pergi ke ‘kelab malam’. Atas alasan hendak berdakwah.

Apabila berlaku kontroversi selebriti (artis) dan agamawan langgar SOP, maka pendekatan-pendekatan As-Syahid Hasan al-Banna, yang berdakwah di tempat-tempat maksiat, seperti kelab malam. Teruja sangat dengan alasan sebegini. Saya tidak menafikan, soal dakwah sampai ke mana-mana sekalipun, kelab malam, pusat hiburan, pusat pelacuran, pusat maksiat, pergilah berdakwah. Tidak ada siapa pun melarang jika nawaitu betul, ikhlas.

Tetapi bila artis yang menjemput, dalam bulan puasa pula, ketika wabak COVID-19 mengganas, fikirkanlah dua tiga kali. Situasi ini berbeza dengan dakwah As-Syahid Hasan al-Banna. Segelintir artis ini hanya mahu cerita sensasi. Bagi menunjukkan mereka suci, tulus mulus

Sebab itu, apabila ada ustaz yang terperangkap dengan artis berpakaian seksi ketika berbuka puasa, bila jadi isu, maka pendekatan Hassan Al-Banna digunakan untuk cover story.

Cukup-cukuplah, saya pun artis juga, saya tahu selok belok dunia artis ini. Lebib-lebih lagi artis yang bermuka-muka menggunakan kabel politik. Masih tidak dapat lupakan, ketika PRU14, artis ini jugalah yang menawarkan diri untuk berkempen BN di sebuah kawasan Parlimen. Ketika itu, artis ini masih dalam pantang kerana melahirkan.

Saman ‘negara Kristian’ Hannah Yeoh terhadap bekas KPN batal atas sebab teknikal

Sanggup berkampung di Parlimen tersebut, kerana yakin BN boleh menang. Tetapi semua itu bukan percuma. Bila menang, sudah tentu artis ini mahukan habuan dan projek sana sini. Namun, apabila keputusan PRU14 diumumkan, dan BN pun tumbang, PH berjaya membentuk kerajaan, serta merta artis ini dan suami, beralih arah, berada di belakang pemimpin PH pada malam pengumuman keputusan PRU14 tersebut, sejurus balik daripada berkempen BN.

Inilah hipokrasi tahap gaban dalam dunia yang penuh kepura-puraan. Sebab itulah, jika PN mahu kekal memerintah dalam PRU15 akan datang. Kenal siapa kawan, siapa lawan. Hentikanlah semua kepura-puraan ini.

Perlu ada sifat ikhlas dalam berjuang. Lebih-lebih lagi ketika wabak COVID-19 yang semakin mengganas ini. Utamakan dan dahulukan rakyat, terutama ketika rakyat berada dalam kesusahan akibat wabak, ditambah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbul persoalan, jenis PKP apakah yang ingin dilaksana dan dikuatkuasakan. Perlu ada ketegasan. Jika isu PKP dan SOP nya tidak dipantau dengan baik, ia boleh meruntuhkan kewibawaan institusi yang ada dalam negara ini, termasuk institusi agama.

Hakikatnya, rakyat tidak menolak PKP dan SOP, begitu juga dengan Darurat, tetapi yang ditolak adalah polisi dan pelaksanaan yang tidak konsisten serta ‘double standard’. Lebih menjengkelkan apabila agamawan yang diberikan autoriti bersuara. Saya bersependapat dengan Wan Yusof Wan Chik (2021), mengenai komennya terhadap hukum ‘haram’ merentas negeri, dengan perincian dan konteks tertentu.

Apabila hukuman ‘haram’ itu dimuntahkan oleh agamawan, lambakan keji dan nista dilontarkan terhadap agamawan oleh netizen, sehingga tak tergamak untuk meneruskan bacaan. Maka timbul persoalan, siapakah yang mahu dimenangkan oleh agamawan? Kerajaan dan pemimpin atau rakyat? Persepsi mula dibina.

Dong Jiao Zong Biadap! Dakwa buku teks Sejarah terlalu berpusat Melayu, Islam

Kita tidak mahu agamawan disamakan levelnya dengan artis. Lebih-lebih bila ada artis yang mempergunakan agamawan bagi ‘cover story’ mereka. Agamawan jangan terlalu mudah pula berhujah dengan memetik cara As-Syahid Hasan al-Banna atas jemputan artis.

Biarlah artis dengan cara artis. Kahwin cerita, tak dapat anak cerita, dapat anak cerita, kenduri aqiqah anak cerita, dan bercerai pun cerita. Agamawan tidak sebegitu rasanya, walaupun ada berbuat demikian. Apapun, persepsi mula terbina. Pembinaan persepsi tidak memerlukan ilmu apatah lagi dalil. Persepsi boleh dibina dengan kejahilan dan emosi.

Ingat, yang mentadbir kerajaan adalah manusia. Jika manusia itu telus dan tulus, maka telus dan tuluslah kerajaan. Namun, jika mereka curang dengan arahan mereka sendiri, curanglah kerajaan. Kerajaan dengan sehebat mana polisipun tidak akan berjaya, jika rakyatnya tidak mahu patuh, pemimpinnya tidak mahu menjadi contoh (Wan Yusof Wan Chik 2021).

Justeru, pemimpin, termasuk agamawan mesti bijak dalam percaturan ini. Jangan sampai terjebak. Sebab itu, ketegasan dalam membuat keputusan amat penting. Inilah yang membezakan antara pemimpin, agamawan dan segelintir artis. Kita masih rindukan ketegasan agamawan, seperti Almarhum Dato’ Ishak Baharum dalam berhadapan dengan sang penguasa ketika itu.

Kita tidak mahu agamawan dituduh atau dilabel sebagai penunggang agama. Sudah tentu tidak akan timbul tuduhan atau label ini kecuali dari golongan yang tiada ilmu ataupun tiada agamanya.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

Kerajaan dari dulu tak serius isu sekolah vernakular!

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker