Raya PKP Lagi, Jom Tonton Filem-Filem Melayu Ini Khas Di Netflix Sempena Hari Raya!

Seperti umum mengetahui, baru-baru ini kerajaan baru saja mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah daerah di Selangor

Bukan itu saja, malah aktiviti ziarah-menziarahi pada hari raya juga tidak dibenarkan bagi mengelak daripada berlakunya jangkitan wabak Covid-19 ini.

Walaupun kita masih belum menang, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Tinggal lebih kurang seminggu saja lagi sebelum kita semua menyambut Aidilfitri, sudah pasti akan merasa bosan kan sebab perlu duduk di rumah. Baru-baru ini pihak Netflix Malaysia telah mengeluarkan senarai filem-filem Melayu di Twitter yang akan ditayangkan oleh mereka. Jom kita lihat di bawah:

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Express.co.uk

Senarai filem yang akan ditayangkan daripada 6 Mei hingga 9 Mei

Sudah pasti semua merindui seleksi filem-filem ini yang pernah popular satu ketika dulu. Kini anda boleh menontonnya kembali dengan ahli keluarga anda!

Senarai filem yang akan ditayangkan daripada 10 Mei hingga 11 Mei

Kedua-dua hari tersebut ini, anda akan disajikan dengan filem popular yang mendapat kutipan hangat pada satu ketika dulu. Malah, sambungan daripada filem tersebut juga turut ditayangkan.

Terlepas filem-filem sebelum ini?Jangan risau, Netflix membawakan filem pecah panggung tanpa had masa!

Bukan hanya pada hari raya saja, tetapi Netflix juga kini telah menayangkan beberapa filem yang anda boleh tonton sekarang. Tunggu apa lagi!

Selain itu, bukan saja filem Melayu yang ditayangkan, tetapi Netflix juga akan menayangkan beberapa filem antarabangsa yang anda boleh tonton sempena raya ini. Anda juga boleh lihat koleksi penuh itu di sini.

[VIDEO] Nenek Dari Amerika Syarikat Masuk Islam Setelah Menonton “Sinetron” Mengenai Islam’ Di Netflix

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker