Siapa Timbalan KPN baharu? Senarai nama calon dengan SPP, kata Acryl Sani

Ketua Polis Negara Malaysia. Dato’ Seri Panglima Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani.
PETALING JAYA: Nama calon untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara telah disenaraipendekkan, dengan pelantikannya dijangka diumumkan selepas Aidilfitri, kata Ketua Polis Negara (KPN) Acryl Sani Abdullah Sani.

Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu Bernama, pihaknya telah menyerahkan senarai nama berkenaan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk dipertimbangkan.

“SPP akan mengadakan perbincangan bersama Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan saya.

“Jawatan Timbalan KPN ini perlu disegerakan untuk membantu saya menguruskan PDRM. Mesyuarat SPP akan berlangsung untuk menentukan siapa Timbalan KPN yang baharu,” katanya.



Acryl Sani berkata, pelantikan Timbalan KPN itu dijangka diumum selepas Aidilfitri.

Jawatan tersebut yang sebelum ini disandang Acryl Sani kosong berikutan pelantikan beliau sebagai KPN menggantikan Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak perkhidmatan pada 3 Mei.

Sebelum ini, antara nama yang disebut-sebut mengisi kekosongan jawatan itu berdasarkan kekananan ialah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Pengurusan Ramli Din, dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Razarudin Hussain.

Sementara itu, mengulas pendedahan Hamid berhubung dakwaan campur tangan menteri dalam Cawangan Khas Bukit Aman, Acryl Sani berkata, kertas inkuiri (siasatan dalaman) polis berhubung kes itu telah dibuka.



Beliau berkata sehingga kini, pihak polis menerima enam laporan di seluruh negara berhubung kes berkenaan dan satu daripada laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Sekarang ini, polis dalam proses mengumpul keterangan dakwaan itu dan jika perlu kami akan panggil pihak terlibat,” kata beliau. FMT

‘Isu’ Hamzah : Saya serah kepada KPN baharu; laporan polis bukan ‘wajib’, kata Hamid



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker