Malaysia terima 3.52 juta dos vaksin bulan ini, kata menteri


PETALING JAYA: Malaysia akan menerima 3.52 juta dos vaksin Covid-19 daripada ketiga-tiga syarikat pembekal vaksin, Pfizer-BioNtech, Sinovac dan AstraZeneca bulan ini, malah lebih banyak lagi pada bulan seterusnya, sekali gus mempercepatkan proses vaksinasi.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dilaporkan Bernama berkata, jumlah itu adalah bagi pengambilan dua dos setiap seorang yang akan memanfaatkan kira-kira 1.7 juta penduduk di negara ini.

“Bekalan vaksin akan lebih banyak bermula Jun. Bulan ini sahaja kita akan dapat 3.52 juta dos. Mulai Jun, Julai dan Ogos kita akan dapat lebih banyak, kita yakin proses vaksinasi akan lebih pantas.

“Kementerian Kesihatan telah pun buat perolehan dan mengesahkan penghantaran mengikut jadual, begitu juga untuk fasa ketiga,” katanya selepas meninjau pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di fasiliti swasta di Seremban, hari ini.



Justeru, beliau yakin fasa pemberian vaksin melalui program imunisasi kebangsaan itu dapat dilaksanakan mengikut jadual selepas kesemua dos dihantar ke negara ini walaupun terdapat dakwaan berlaku masalah kekurangan bekalan.

Selain itu, Dr Adham berkata kerajaan telah meluluskan 4,000 pemberian vaksin di kedutaan asing di negara ini melibatkan diplomat, kaunselor dan tanggungan mereka sahaja mulai minggu ini.

Menurutnya, mereka perlu memohon dengan kerajaan terlebih dahulu dalam tempoh tujuh hari bagi menyenaraikan semua penerima dalam tanggungan selain memerlukan doktor sendiri untuk urusan pemberian suntikan.

Sementara itu, Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini berkata 632,366 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.



Beliau berkata jumlah itu sebahagian daripada 991,906 individu yang telah menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 1,624,272 setakat semalam.

Menurut infografik, lima negeri yang menerima suntikan dos pertama tertinggi ialah Selangor dengan 133,226 dos, Kuala Lumpur (97,972), Sarawak (94,866), Johor (86,433) dan Perak (84,355).

Lima negeri yang melengkapkan dua dos suntikan Covid-19 tertinggi pula ialah Selangor dengan 85,780 diikuti Kuala Lumpur (66,898), Sarawak (65,104), Johor (58,143) dan Sabah (53,862).

Dalam pada itu, beliau berkata setakat semalam 40.6% atau 9,848,371 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi sebanyak 2,528,707 individu iaitu 52.2%. FMT



Kerajaan Sarawak Tegas Enggan Terima Vaksin AstraZeneca

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker