‘Isu’ Hamzah : Saya serah kepada KPN baharu; laporan polis bukan ‘wajib’, kata Hamid

Abdul Hamid Bador yang bersara hari ini sebagai Ketua Polis Negara akan menyerahkan isu campurtangan politik dalam urusan polis yang didedahkannya kepada pengganti beliau, Acryl Sani Abdullah Sani.

Hamid juga berkata beliau belum bercadang membuat laporan polis mengenai dakwaan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin menyalahgunakan kedudukannya untuk, antara lain, menyekat pertukaran pegawai bermasalah serta menentukan pelantikan jawatan kanan dalam polis.

“Tidak semestinya saya perlu buat laporan seperti diminta oleh menteri,” katanya, mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan yang dilaporkan membuat cadangan itu kelmarin.

Hamid berkata beliau yakin dengan kewibawaan Acryl dan menyerahkan isu itu kepada beliau.

Dalam pada itu, Acryl tidak mengulas isu dakwaan Hamid itu apabila di temui oleh wartawan di majlis serah tugas KPN di Bukit Aman.

Namun, beliau akur tanggungjawab berat yang digalasnya dalam mengambil alih jawatan KPN daripada Hamid.

“Ikhlas saya katakan tugas baharu ini seolah-olah satu beban berat di atas bahu saya. Namun, saya yakin dengan kepercayaan barisan pengarah, ketua polis negeri, dan ketua polis daerah, kita akan teruskan segala usaha sebaiknya,” katanya.

Acryl berjanji berkongsi “hala tuju baharu” pasukannya dengan media dalam masa terdekat, namun tidak menghurai lanjut.

Jumaat lalu, pada sidang medianya sebagai pegawai tertinggi polis, Hamid mendakwa Hamzah “sejak awal lagi di mesyuarat pertama Suruhanjaya Pasukan Polis” mendesak untuk mendapatkan kuasa bagi menentukan penempatan pegawai polis.

Beliau juga mendakwa Hamzah di sebalik pengeluaran “surat keramat” untuk menangguhkan pertukaran pegawai yang dikaitkan dengan isu-isu tertentu.

Hamzah tidak hadir pada majlis serah tugas itu hari ini. FMT

Adakah Hamzah dimaksudkan KPN guna jet peribadi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker