Mayat ditemui terbaring dalam kereta

LANGKAWI: Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam kereta di sebuah bukit di Jalan Bukit Malut, kira-kira jam 11.45 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, sepasukan anggota polis dan ambulan telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima laporan.

Katanya, pemeriksaan mendapati mayat berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan semua tingkap kereta tersebut bertutup dan pintu kereta berkunci.

Menurut beliau, pihak bomba juga dipanggil untuk membantu membuka pintu kereta yang berkunci.

“Mayat ditemui dalam keadaan terbaring di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Shariman, berdasarkan keadaan mayat, dipercayai ia telah melebihi lima hari.

Mayat dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk bedah siasat.

Polis sedang mengenal pasti identiti mayat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-Awani

Mayat remaja perempuan mangsa bunuh ditemui.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker