Tempoh kuarantin pengembara dilanjut kepada 21 hari

Tempoh kuarantin wajib ke atas pengembara warga tempatan dan bukan warganegara dari negara selain Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan dilanjutkan daripada 10 hari kepada 14 hari, berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tempoh kuarantin 14 hari ini akan dilanjutkan selama tujuh hari lagi, menjadikan jumlah kuarantin 21 hari sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil penilaian risiko pada hari ke-14.

“Kuarantin tambahan ini akan dilaksanakan di stesen kuarantin yang sama. Ujian ulangan RT-PCR COVID-19 dilakukan pada hari ke-10. Sekiranya dilanjutkan tempoh kuarantin sehingga 21 hari, ujian ulangan RT-PCR COVID-19 perlu dibuat pada hari ke-18,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes rogol babit rakan ADUN: Polis harap dapat rujuk TPR minggu ini

Sementara itu, tempoh kuarantin wajib ke atas pengembara yang tiba dari Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan dilanjutkan daripada 14 hari kepada 21 hari di stesen kuarantin ditetapkan kerajaan serta arahan kuarantin wajib selama 21 hari ke atas pengembara yang tiba dari India dikekalkan.

Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini selepas mengambil kira situasi COVID-19 di dunia ketika ini dengan lebih 50 peratus negara melaporkan penularan varian yang membimbangkan (VOC) dalam komuniti.

Selain itu, semua pengembara perlu menjalani ujian makmal RT-PCR bagi pengesanan COVID-19 tiga hari sebelum berlepas dan hanya keputusan ujian negatif dibenar menaiki penerbangan masuk ke Malaysia.

Seterusnya, MKN menetapkan semua pengembara perlu menjalani ujian makmal RT-PCR bagi pengesanan COVID-19 semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa.

-Bernama

Kes rogol babit rakan ADUN: Polis harap dapat rujuk TPR minggu ini

Tempoh kuarantin pengembara dilanjut kepada 21 hari


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Status Nilai 3: Mufti saran PDRM siasat isu lebih penting

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker