Geng Nicky: 2 pegawai SPRM bebas

Sebaran :

KUALA LUMPUR: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menarik balik permohonan habeas corpus supaya mereka dibebaskan serta-merta daripada tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili kedua-dua lelaki berusia 41 dan 42 tahun selaku pemohon, memberitahu Mahkamah Tinggi permohonan itu ditarik balik berikutan kedua-dua anak guamnya telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 18 Mei lepas.

Hakim, Ahmad Shahrir Mohd Salleh kemudiannya membatalkan permohonan tersebut.

Hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan habeas corpus itu. Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti mewakili semua responden.



Kedua-dua pemohon memfailkan permohonan itu melalui notis usul secara berasingan di Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Mei lepas dengan menamakan Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay, seorang pegawai polis, Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Tak adil adil ‘palit’ Umno dengan kegagalan PN, kata Zahid

Mereka memohon perintah bahawa penangkapan serta penahanan mereka pada 21 dan 27 April lepas adalah tidak teratur, di luar bidang kuasa kawasan polis Johor dan tidak sah.

Kedua-dua lelaki itu juga mendakwa siasatan yang dilakukan di bawah Seksyen 130V sehingga 130ZB Kanun Keseksaan adalah terlampau luas serta merangkumi elemen berbeza dan responden tidak mempunyai asas untuk menahan pemohon di bawah SOSMA.

Selain itu, mereka mendakwa tiada unsur kesalahan yang membenarkan penggunaan SOSMA dan penahanan mereka adalah tidak sah, melanggar undang-undang dan bersifat mala fide kerana bercanggah, antara lain, dengan Fasal 5 dan Fasal 149 Perlembagaan Persekutuan.



Pada 9 April lepas, seramai 14 individu termasuk dua adik ahli perniagaan dalam buruan Nicky Liow Soon Hee didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan terlibat dalam kumpulan Geng Nicky.

Nicky, 33, pengasas Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor menjadi buruan polis selepas 68 ahlinya ditahan dalam Ops Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lepas.

Pendakwaraya tuduh Zahid ambil kesempatan mengumpul kekayaan

 

Geng Nicky: 2 pegawai SPRM bebas


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Parlimen contoh terbaik ‘full lockdown’ berkesan kawal Covid-19, sindir Najib


Sebaran :

Leave a Reply