PKP penuh sebenarnya lebih berkesan, kata persatuan hotel


Pengusaha hotel meminta supaya perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan bagi membendung jangkitan Covid-19, berbanding melaksanakan peraturan lebih ketat ketika PKP yang dikuatkuasakan ketika ini.

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berkata, penggiat pelancongan dan hotel tidak akan mampu bertahan jika sempadan domestik dan antarabangsa terus ditutup.

Persatuan itu berkata, keupayaan mereka untuk terus kekal bergantung kepada keupayaan negara mengekang penularan virus secepat mungkin, seterusnya membolehkan sekatan perjalanan dilonggarkan.

Sekatan terhadap masa urus niaga dan kapasiti bekerja hanya akan memanjangkan lagi situasi, kata MAH.



Menurut MAH, industri perhotelan sudah pun menanggung kerugian mencecah RM5 bilion sejak Januari, berbanding RM6.53 bilion pada tahun 2020. Kira-kira RM300 juta kerugian dicatatkan setiap dua minggu PKP dilaksanakan dan menjejaskan 3.6 juta pekerja.

MAH turut menyeru kerajaan memberikan bantuan kepada pengusaha hotel.

Sementara itu pula, Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes menuduh kerajaan mengabaikan industri pelancongan dan perhotelan yang kini dalam keadaan terdesak.

“Masih banyak perkara yang boleh diambil kira untuk mengurangkan beban kepada pengusaha industri perhotelan dan pelancongan, tetapi pihak kerajaan masih gagal melaksanakannya,” kata presidennya, Emmy Suraya Hussein.



Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata dalam kenyataan berasingan, 2.8 juta pekerja tidak formal berisiko tinggi akan kehilangan sumber pendapatan dan 1 juta lagi hilang pekerjaan jika ekonomi ditutup.

Beliau menjelaskan keperluan mengelak PKP penuh kerana akan lebih memudaratkan rakyat.

Sementara itu, Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob hari ini turut mengumumkan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dan berkata kerajaan tidak mahu melaksanakan PKP penuh dalam memastikan mata pencarian rakyat dapat dikekalkan serta tidak terjejas. FMT

Segera laksanakan ‘total lockdown’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker