[VIDEO] Pendaftaran Vaksin Di Selangor Tinggi, Namun Penerima Masih Rendah - Anwar Ibrahim — MYKMU.NET

[VIDEO] Pendaftaran Vaksin Di Selangor Tinggi, Namun Penerima Masih Rendah – Anwar Ibrahim

Sebaran :

Selangor mencatatkan pendaftaran vaksin COVID-19 yang tinggi disebabkan usaha sama digerakkan jentera kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ketua kampung, serta jawatankuasa masjid dan surau.

Bagaimanapun kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlah peratusan penduduk negeri itu yang menerima vaksin disifatkan masih rendah.

“Jumlah pendaftaran kalau dilihat, paling tinggi adalah di Selangor. Selangor dapat pendaftaran tinggi itu kerana menggunakan seluruh jentera, ahli majlis, ketua kampung, jawatankuasa masjid dan surau, untuk membantu mendaftarkan.



“Macam yang di Selangor, jumlah yang divaksin itu paling rendah. Jumlah daftar ramai tetapi peratus itu masih rendah,” katanya dalam kenyataan video bertajuk Bicara COVID dan Vaksin yang disiarkan melalui laman Facebooknya pada malam Sabtu.

Justeru, kerajaan dicadang melihat semula peratusan pemberian vaksin di negeri-negeri yang paling teruk terjejas.

“Masalah paling besar adalah di Selangor dan di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, Kelantan, Sabah.

“Jadi pada pandangan saya patut kita beri tumpuan dan teruskan ke negeri-negeri lain supaya mereka dapat vaksin terutama di kawasan-kawasan yang mungkin dianggap lebih mencabar,” ujarnya.


Sumber Facebook anwaribrahim.keadilan

 

Berdasarkan statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), seramai 2,729,934 orang atau 56.36 peratus di Selangor sudah mendaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Daripada jumlah itu, 200,044 sudah divaksinasi atau pada kadar 4.13 peratus.

Dari segi peratusan, antara negeri dan wilayah yang mencatatkan peratusan penerima vaksin yang tinggi ialah Putrajaya;33.05 peratus, Labuan; 18.09 peratus, Kuala Lumpur; 16.01 peratus dan Perlis 12.62 peratus.

Untuk rekod, Malaysia menyasarkan 80 peratus populasi penduduk divaksinasi bagi mencapai imuniti kelompok.-Awani

Sumber: Facebook

Rakyat selangor 6.4 juta, tapi hanya 400,000 daftar vaksin


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: