Rakyat selangor 6.4 juta, tapi hanya 400,000 daftar vaksin

MB akan mesyuarat dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 esok

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mahu usaha menggalakkan masyarakat di negeri itu mendaftar bagi pengambilan vaksin COVID-19 diperhebat berikutan hanya kira-kira 400,000 daripada 6.4 juta penduduknya berbuat demikian setakat ini.

Amirudin berkata, untuk itu, beliau akan bermesyuarat dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin esok.

“Di Selangor kita ada 6.4 juta rakyat dan kira-kira 1 juta warga asing, namun yang berdaftar hanya  400,000 orang sahaja.

“Pendaftaran mereka ini sangat perlu, semua pihak tidak kira (siapa) harus didaftarkan untuk mendapat giliran mengambil vaksin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tiada ‘potong barisan’, tiada dwistandard dalam pemberian vaksin, kata MB Perak, Johor

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan pada 24 Feb lepas menyasarkan untuk memberi vaksin COVID-19 kepada 80 peratus penduduk di negara ini menjelang awal tahun depan.

Dalam isu berasingan, Amirudin berkata, untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini,  pihak berkuasa berjaya mengelakkan sembilan potensi pencemaran yang mungkin menyebabkan henti tugas di loji-loji rawatan air negeri itu.

“Kita juga menyedari bahawa masalah (pencemaran sungai) ini berterusan, bukan hanya daripada kilang yang tidak berdaftar dan tidak sah, ada juga daripada kilang yang sah, dan ada juga disebabkan kelemahan sistem kumbahan kita, ada juga disebabkan daripada kecuaian ataupun tindakan yang sengaja,” katanya. – Bernama

Apa perlunya Takiyuddin dilantik ‘menteri penyelaras’ untuk negeri PN, tanya Mahfuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker