Durian Runtuh Buat Bonnie

PETALING JAYA: Semangat atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin untuk mengharungi Sukan Paralimpik 2020 Tokyo semakin membara selepas menerima ganjaran sebanyak RM10,000 susulan kejayaannya memenangi pingat emas Piala Dunia di Bangkok, Thailand, awal bulan ini.

Pengerusi Persatuan Sukan dan Rekreasi Tanjong Manis, Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi berkata, ganjaran peribadi daripadanya itu bagi menghargai pengorbanan atlet kelahiran Sarawak berusia 21 tahun itu yang bekerja keras mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

“Dengan segala pengorbanan, komitmen, sumbangan serta kerja keras Bonnie kepada Malaysia dan Sarawak adalah sesuatu yang tinggi nilainya dan tidak terbalas.

Dakwaan Neelofa tak pakai pelitup muka di mahkamah disiasat



“Walaupun sebagai atlet kurang upaya (OKU) dia banyak memberi sumbangan kepada negara dan negeri dengan semangat juang tinggi yang sering ditunjukkannya.

“Saya berharap dia berusaha bersungguh-sungguh agar impian untuk mendapat pingat emas di Sukan Paralimpik Pada Ogos nanti tercapai.

“Saya doakan jga dia mendapat keputusan yang baik di Dubai apabila menyertai Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai bulan depan,” kata Abang Aditajaya.



Beliau turut memberikan sumbangan saguhati sebanyak RM2,000 kepada jurulatih Bonnie, Jamil Adam dan RM500 kepada penolongnya, Azwan Ali Baderam.

Sementara itu, Bonnie, berkata ganjaran itu meningkatkan lagi motivasinya terutama dalam tempoh yang mencabar ini dalam persiapan menghadapi Sukan Paralimpik.

“Saya berterima kasih kepada Datuk Seri (Abang Aditajaya) di atas sumbangan ini. Ini pastinya meningkatkan lagi motivasi saya. Persiapan semua berjalan dengan lancar dan saya akan buat yang terbaik nanti,” katanya.



Burger Punya Pasal – Rilekslah Bang, Salah Order Je Pun


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Rambutan atasi Muhyiddin di undian twitter

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker