Dakwaan Neelofa tak pakai pelitup muka di mahkamah disiasat

Pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap selebriti, Noor Neelofa Mohd. Noor yang mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Mohd. Said Ibrahim berkata, kertas siasatan dibuka susulan terkesan berita di laman sesawang ‘Kosmo Online’ yang tular di mana Noor Neelofa hadir ke Mahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Seremban semalam dengan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.

“Laporan polis diterima kerana tindakan (Noor Neelofa) tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan pihak KKM kepada semua orang.



Polis siasat Neelofa tidak pakai pelitup muka

“Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Said, penjelasan berkenaan SOP tersebut juga telah dikeluarkan oleh KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos 2020.

“Oleh yang demikian, satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A)225/2021],” katanya.



Jelas beliau, pihak polis tidak akan berkompromi dalam mengambil apa jua tindakan bagi memastikan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuhi.

Semalam, Kosmo! melaporkan Noor Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismal yang hadir ke Mahkamah Majistret Seremban di sini semalam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera.

Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.



Kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021. – K! ONLINE

Neelofa sekali lagi kena ‘bantai’, Berpurdah tapi tak pakai pelitup muka.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker