5 termasuk janda lepas gian di hotel

5 termasuk janda lepas gian di hotel

5 termasuk janda lepas gian di hotel

Butterworth: Lima individu termasuk seorang wanita berstatus janda sanggup melepaskan gian menghisap dadah dengan menyewa sebuah bilik hotel di Jalan Bagan Jermal, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, perbuatan mereka itu terbongkar selepas polis menyerbu bilik hotel berkenaan kira-kira jam 7 petang, semalam.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan lanjut menemui tiga paket lutsinar dadah dipercayai syabu serta satu bekas berwarna coklat dipercayai peralatan menghisap dadah dalam bilik penginapan kelima-lima suspek.

“Siasatan awal mendapati mereka mula menginap di bilik hotel berkenaan sejak kelmarin semata-mata untuk menghisap dadah.

“Berikutan itu, empat suspek lelaki dan seorang wanita berstatus janda berusia lingkungan 21 hingga 28 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis turut mengeluarkan kompaun RM1,500 ke atas kelima-lima suspek kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Noorzainy berkata, empat suspek lelaki yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau manakala wanita itu tidak mempunyai rekod.

“Ujian saringan air kencing mendapati empat lelaki positif dadah manakala wanita pula negatif.

“Mereka kini ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut,” katanya. HM

5 termasuk janda lepas gian di hotel


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Port lepas gian, transit ketum



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker