Remaja maut tertembak diri sendiri ketika rakam aksi TikTok

Remaja maut tertembak diri sendiri ketika rakam aksi TikTok

Remaja maut tertembak diri sendiri ketika rakam aksi TikTok

JIKA kita buka aplikasi TikTok, pasti ada sahaja video-video yang menyajikan pelbagai aksi, ada melucukan, pelik, berani mati dan bermacam-macam lagi bagi meraih tontotan tertinggi di media sosial itu.

Namun, bukan semua yang dirancang itu berlaku seperti apa yang kita mahukan, dan ada ketika aksi yang cuba dilakukan boleh meragut nyawa sendiri.



Semalam, seorang remaja Pakistan berusia 19 tertembak diri sendiri sehingga meragut nyawa ketika melakukan aksi acah menarik picu pistol yang diacukan di tepi kepalanya, lapor beberapa media tem patan Pakistan.

Ketika kejadian, nasib malang yang menimpa remaja dikenali Hamidullah itu turut dirakaam oleh rakan-rakannya ketika berada di sebuah lokasi di Peshawar, Pakistan.

Pegawai Kanan Polis Barat Laut Swat Valley, Badshah Hazrat berkata, Hamidullah dikenali di media sosial tempatan, telah mengacukan pistol ke kepalanya sebelum menarik picu dan tertembak diri sendiri tanpa menyedari pistol tersebut berisi peluru.

“Remaja itu maut serta-merta di tempat kejadian,” katanya.



Polis mengatakan video tersebut tidak dimuat naik ke laman TikTok namun, rakan-rakannya menyebarkan video tersebut sesama sendiri sebelum ia tersebar dengan meluas.

Remaja tersebut mempunyai lebih 8,000 pengikut dengan hampir 600 klip video yang telah dimuat naik ke laman TikTok peribadinya.

Kebanyakkan klip-klip vodeo yang dimuat naik oleh mangsa adalah berkenaan prank bersama rakan-rakannya, bermain kriket dan rutin kehidupan hariannya.

Tragedi yang melibatkan aplikasi TikTok ini bukanlah yang pertama berlaku di Pakistan.
Tahun lepas, seorang pengawal keselamatan di Karachi terbunuh ketika bermain-main dengan senapangnya sambil merakam dirinya untuk dimuat naik di TikTok.



Manakala Januari lalu, seorang lagi remaja maut setelah dilanggar kereta api di Rawalpindi ketika merakam video klip untuk TikTok.
Utv

Remaja maut tertembak diri sendiri ketika rakam aksi TikTok


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Bella Astillah kena kutuk nasi lemak 50 sen [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker