Elon Musk tidak bercadang menjual Bitcoin miliknya walaupun nilai jatuh

Elon Musk tidak bercadang menjual Bitcoin miliknya walaupun nilai jatuh

Elon Musk tidak bercadang menjual Bitcoin miliknya walaupun nilai jatuh

Elon Musk melalui syarikat pengeluar kereta miliknya, Tesla telah membuat pelaburan besar mata wang kripto Bitcoin pada awal tahun ini. Walau bagaimanapun nilai Bitcoin telah mencatatkan kejatuhan dalam beberapa hari kebelakangan ini, namum begitu pemilik syarikat Tesla itu memberi bayangan bahawa dia tidak bercadang untuk melepaskan pelaburannya dalam mata wang kripto tersebut.

Menurut satu hantaran ke akaun twitter miliknya baru-baru ini, Musk mengatakan bahawa Tesla mempunyai ‘tangan berlian’, istilah yang biasanya digunakan untuk menggambarkan pedagang atau pelabur saham yang tidak mahu melepaskan aset yang dianggap bernilai pada mereka.

Pelaburan Tesla dan Elon Musk dan sokongan mata wang Bitcoin dalam beberapa bulan kebelakangan ini membantu menaikkan harga ke paras tertinggi sepanjang masa iaitu AS$64,829 pada pertengahan April 2021. Walau bagaimanapun, nilai mata wang kripto terbesar itu jatuh minggu lalu ketika Musk mengumumkan bahawa Tesla tidak akan lagi menerima Bitcoin sebagai bentuk pembayaran untuk urusan jual beli kenderaannya sehingga proses perlombongan mata wang kripto tersebut beralih kepada kepenggunaan tenaga yang lebih lestari berbanding pada masa ini.

Nilai Bitcoin bukan sahaja jatuh, tetapi saham di Tesla juga turun sebanyak 3.2%. Oleh itu, saham syarikat telah kehilangan lebih daripada 20% daripada nilai mereka tahun ini berikutan jangkaan yang luar biasa sepanjang tahun 2020 yang menyaksikan saham syarikat melambung dari sekitar AS$88 pada awal Januari 2020 melonjak ke AS$883.09 pada 26 Januari 2021.

Untuk rekod, Tesla membeli Bitcoin bernilai AS$1.5 bilion pada suku pertama tahun ini tetapi kemudian menjual sebahagiannya dengan nilai AS$272 juta dengan beroleh keuntungan sebanyak AS$101 juta dari hasil jualan mata wang kripto tersebut. SM

Elon Musk tidak bercadang menjual Bitcoin miliknya walaupun nilai jatuh


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


SpaceX berjaya lancar satelit Starlink ke orbit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker