SpaceX berjaya lancar satelit Starlink ke orbit

SPACEX, syarikat aero angkasa dimiliki individu terkaya dunia Elon Musk, mengesahkan telah melancarkan 60 satelit Starlink ke orbit.

Pelancaran satelit menggunakan roket dikenali sebagai SpaceX Falcon 9 itu berlangsung di Cape Canaveral di Florida pada pagi Khamis waktu tempatan.

Satelit-satelit yang dibawa kemudiannya dilepaskan ke orbit sejam selepas pelancaran roket ke angkasa.
SpaceX sebelum ini telah melancarkan beberapa roket bagi membawa sejumlah satelit Starlink dalam misi mereka mengembangkan sistem konstelasi internet milik syarikatnya.

Terdahulu pada Rabu, ujian pelancaran prototaip roket Starship SN10 dijalankan di Texas.

Percubaan itu meskipun dilihat berjaya, namun sebenarnya gagal apabila roket berkenaan meletup di landasan pendaratan.

Bukan itu sahaja, dua ujian percubaan sebelum ini juga gagal, apabila kedua-dua roket mendarat seperti bebola api.

Imej dari media sosial menunjukkan SpaceX Starship SN10 meletup selepas dilancarkan, di South Padre Island, Texas, AS, 3 Mac, 2021. Spadre/Pearl South Padre Resort via Youtube/via REUTERS

Imej dari media sosial menunjukkan SpaceX Starship SN10 meletup selepas dilancarkan, di South Padre Island, Texas, AS, 3 Mac, 2021. Spadre/Pearl South Padre Resort via Youtube/via REUTERS

[VIDEO] Roket SpaceX meletup selepas pendaratan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker