Sanggupkah MCA buang ‘kecinaan’ bila bukan Cina jadi ahli bersekutu?

Ridhuan Tee ingatkan UMNO jangan tertipu strategi ultra kiasu

Bukan Cina boleh sertai MCA sebagai ahli bersekutu.

“Sanggupkah MCA buang kecinaannya? Adakah sekadar mahu tunjuk konon mereka tidak rasis?”

Demikian persoalan dibangkitkan pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah susulan tindakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan pindaan terhadap perlembagaan MCA, yang diputuskan oleh parti itu pada 2019.

Sebelum ini, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon berkata, RoS juga meluluskan pindaan bahawa pemilihan parti diadakan enam bulan selepas pilihan raya umum atau 36 bulan terdahulu, bergantung kepada mana yang lebih lewat.



Katanya, semua pindaan ini berkuat kuasa serta-merta.

“Ini juga bermakna, mulai sekarang MCA boleh menerima ahli bersekutu dalam kalangan masyarakat bukan Cina,” katanya.

Berikutan itu, Prof Ridhuan Tee tidak menolak kemungkinan tujuannya tidak lain mahu menarik undi Melayu dan memperkuatkan lagi hujah, justifikasi mereka untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu.

“Saya harap UMNO maklum strategi ultra kiasu ini. Jangan sama sekali tertipu.



Jangan jadi mujahat, PAS-UMNO lebih tahu hati budi masing-masing

“Jika Cina muslim yang berada dalam MCA pun tidak berikan perhatian dan haknya. Inikan pula bukan Cina. Cuba tengok apa nasib Almarhum Tun Omar Ong Yoke Lin, pengasas MCA apabila memeluk Islam?

“Saya nak tengok, berapa ramai Melayu dan bukan Cina akan menyertai MCA. Pastinya, jika ada Melayu yang menyertai, mereka akan diperalatkan bagi menunjukkan parti ultra kiasu ini ada warna. Tetapi perjuangannya tetap perkauman,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.



Dalam perkembangan sama, beliau mempersoalkan sama ada laman web, persidangan, mesyuarat MCA, akan menggunakan bahasa Melayu kelak.

Katanya, jika masih lagi menggunakan bahasa Cina, ternyata parti ultra kiasu hipokrit dan berpura-pura.

“Apakah MCA akan melunturkan perjuangan kecinaannya apabila bukan Cina menyertai parti ultra kiasu. Sama seperti Gerakan dan DAP, walaupun dibuka kepada semua kaum, tetapi perjuangan mereka tidak pernah luntur kecinaannya. Tidak mesra Islam dan Melayu.

“Saya tidak kisah sangat jika mereka mahu menjadi terlalu kecinaan, tetapi kena hormat agenda negara, terutama perkara berkaitan dengan Islam, Melayu dan Bumiputera. Judi? Arak? Kelab malam? Jawi? RUU 355? dan lain-lain,” katanya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker