PKP: Antara nyawa dan harta

PKP: Antara nyawa dan harta ‘Total lockdown’ mesti diikuti dengan pakej bantuan bersasar

 

1. MEMANG ramai yang akan terkesan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh seperti mana yang pernah dikuatkuasakan melalui PKP1.0 sebelum ini.

2. Ramai yang menyangka juga hanya pekerja yang bekerja sendiri atau dari kalangan usahawan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) paling terkesan.

Tetapi sebenarnya jangan kita lupa juga, bahawa yang makan gaji turut menerima dampak COVID-19.

3. Umpamanya, walaupun PKP1.0 sudah lama berlalu, tetapi jika diteliti sehingga kini, banyak syarikat konglomerat sudah tidak lagi menyambung khidmat pekerja kontrak mereka. Ada juga yang diberhentikan kerja kerana syarikat tidak mampu lagi bertahan. Ini bermakna apa? Ya, pengangguran semakin bertambah.

4. Sebab itu, untuk melaksanakan ‘total lockdown’ mahu tidak mahu ia mesti diikuti dengan satu pakej bantuan yang bersasar. Paling tidak bank mesti dipaksakan untuk melaksana moratorium secara bersasar selama enam bulan mendatang.

Kejayaan besar bersihkan nama saya – Najib

5. Bantuan khas kepada usahawan mikro dan PKS melalui bantuan subsidi upah perlu diteruskan. Begitu juga kerajaan-kerajaan negeri perlu meneruskan program bantuan sara hidup bulanan kepada golongan B40.

6. Kerajaan negeri jangan terlalu takut untuk guna ‘reserve’ yang ada. Sekali lagi perlu ditegaskan, ini adalah waktu kecemasan, waktu krisis. Bukan waktu menabung!

7. Rakyat sedang menanggung kesusahan. YB jangan bermain politik, turun bantu rakyat. Lupakan pilihan raya! Sedang rakyat terkurung, kesihatan fizikal bahkan mental menjadi satu bebanan yang nyata. Hulurkan bantuan tanpa mengira bendera politik. Tulus dan ikhlaslah dalam menjalankan amanah yang terpikul di bahu masing-masing.

8. Memang semua keputusan yang diambil oleh pemerintah tidak akan dapat memuaskan atau menggembirakan hati semua pihak. Pertimbangan antara nyawa dan harta.

9.Pelaksanaan ‘total lockdown’ kali ini bukanlah hanya semata-mata mahu mengembalikan kes positif COVID-19 kepada angka ‘0’. Tetapi lebih kepada memberi ‘nafas’ seketika buat sistem kesihatan negara dan mengelakkan ia dari ‘lumpuh’.

Hazwan Mohamad
Ketua Penerangan BERJASA

PKP: Antara nyawa dan harta

PBB boneka lima kuasa besar


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 


Menjauhi dedak dan kleptokrasi

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker