Bella Hadid Diugut Bunuh, Kontrak Tamat

Sebaran :

Bella Hadid Diugut Bunuh, Kontrak Tamat

Bella Hadid Diugut Bunuh, Kontrak Tamat. DISEBABKAN kelantangannya menzahirkan sokongan terhadap Palestin, model terkenal dunia, Bella Hadid dikatakan tidak lagi dinamakan sebagai wajah jenama barangan mewah Perancis, Dior.

Desas-desus tersebut sedang tular dan bertebaran dalam Twitter. Ekoran itu, ramai yang menzahirkan rasa tidak puas hati andai perkara tersebut benar-benar berlaku.

“Bella Hadid disenyapkan, kerjasama-kerjasama dengan jenama mewah ditamatkan termasuk dari Dior dan alamat kediaman keluarganya didedahkan kepada umum hanya kerana dia menyertai protes untuk Palestin,” ciap seorang pengguna Twitter.

BELLA dituduh sebagai pengganas dan diboikot kerana menyokong Palestin.

Orang ramai turut mempersoalkan mengapa Bella atau nama lengkapnya, Isabella Khair Hadid, 25, didiskriminasi sedangkan bintang lain seperti bintang Wonder Woman, Gal Gadot yang turut mempertahankan negara asalnya, Israel, dapat hidup dengan aman tanpa sebarang ugutan dan penafian hak.

“Gal Gadot boleh cakap tentang khidmat ketenteraan yang menafikan hak kemanusian rakyat Palestin tapi apabila Bella mempertahankan Palestin (negara asalnya), dia hilang ditamatkan kontrak kerjasama jenama mewah, disekat daripada peragaan dan menerima ugutan bunuh,” ciap seorang pengguna Twitter lain.

Bella yang juga kakak kepada seorang lagi supermodel terkemuka, Gigi merupakan antara bintang global yang paling lantang mempertahankan Palestin yang kini bermati-matian menyelamatkan negara mereka daripada kezaliman Rejim Zionis.

Lebih seminggu lalu sejak Zionis membedil Palestin, seramai lebih 200 rakyat Palestin telah terkorban termasuk 59 orang daripadanya merupakan kanak-kanak. KO

Bella Hadid Diugut Bunuh, Kontrak Tamat


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO] #FreePalestine: Israel Kecam Bella Hadid


Sebaran :

Leave a Reply