Antiklimaks, Tiada PKP Penuh

Kenyataan media perintah kawalan pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada hari ini tidak menyebut apa-apa mengenai penutupan penuh.

Ini walaupun ramai yang ternanti-nanti hasil mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan mengenakan PKP penuh untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin marak.

Selain statistik dan pengumuman biasa mengenai lokasi yang diletakkan bawahperintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), siaran media Ismail Sabri tidak banyak berbeza daripada kebiasaannya.

Ini kecuali nasihat Ismail Sabri bahawa orang ramai membantu barisan hadapan dengan mengamalkan peraturan kendiri untuk mencegah jangkitan Covid-19.

Malaysiakini dimaklumkan mesyuarat MKN hari ini ada membincangkan pilihan PKP penuh dan keputusannya akan diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri kelak.

Masih popularkah Muhyiddin selepas lebih setahun jadi PM?

“Pejabat Perdana Menteri (PMO) akan mengeluarkan kenyataan,” kata Ismail Sabri melalui pesanan teks kepada Malaysiakini ketika dihubungi sekiranya keputusan telah dibuat mengenai perkara itu.

Prospek PKP berskala penuh telah meletakkan penduduk di Lembah Klang dan negeri-negeri lain dalam keadaan berjaga-jaga..

Ini kerana negara terus mencatat kenaikan jumlah kes baru dan kematian Covid-19 mendorong desakan supaya Putrajaya mengenakan PKP penuh serupa dengan yang pernah dikenakan pada awal wabak Covid-19 tahun lalu.

Penantian keputusan PKP penuh ini juga menyebabkan sebilangan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan poster palsu mengatakan Muhyiddin dijadualkan mengadakan perutusan khas secara langsung petang ini.

Walau bagaimanapun, perkara ini telah dinafikan kerajaan.

Untuk rekod, kerajaan mengenakan PKP di seluruh negara mulai 12 Mei yang dijadualkan berlangsung hingga 7 Jun.

[VIDEO & FOTO] Kereta Dipanah Petir. Badan Lelaki Hancur, Kereta Meletup

Pun begitu, perintah – yang dijuluki sebagai “PKP 3.0” – adalah versi SOP yang jauh lebih longgar berbanding PKP pertama tahun lalu ketika semua aktiviti ditangguhkan kecuali untuk perkhidmatan penting.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mendedahkan pihaknya mengusulkan PKP penuh, yang mengenakan sekatan pergerakan dan penangguhan lebih banyak aktiviti perniagaan.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz kelihatan seakan menolak perkara ini.

Menteri Undang-undang di JPM Takiyuddin Hassan memberitahu wartawan semalam kerajaan akan memutuskan mengenai pelaksanaan “total lockdown” untuk memutuskan rantaian penyebaran Covid-19 pada mesyuarat MKN yang akan dipengerusikan oleh Muhyiddin hari ini.

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker