Masih popularkah Muhyiddin selepas lebih setahun jadi PM?


oleh Ramli Samad

Kita, dalam dunia politik, sudah terbiasa dengan tinjauan atau kaji selidik yang dijalankan oleh pihak tertentu untuk melihat sentimen rakyat dalam sesuatu hal atau isu.

Terbaru, Bernama melaporkan kaji selidik oleh badan bebas, O2 Malaysia bahawa Muhyiddin Yassin adalah pemimpin politik paling popular, walaupun di tengah kemarahan rakyat yang kian memuncak ekoran cara kerajaan mengendalikan krisis Covid-19.

Laporan itu tidak menggambarkan situasi sebenar kedudukan kerajaan atau prestasi PM yang tepat.



Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah, penyokong Muhyiddin jangan terlalu seronok dengan dapatan kaji selidik tersebut.

Ini kerana, sebenarnya, dalam hal populariti Muhyiddin ini, peratusan populariti yang paling tinggi oleh ketua kerajaan majoriti Melayu-Islam bukanlah satu perkara yang aneh atau baharu.

Jika kita meninjau populariti perdana menteri sebelum ini pun, Mahathir Mohamad turut menikmati sokongan popular tertinggi di awal pentadbiran Pakatan Harapan sebagaimana yang disiarkan oleh beberapa badan penyelidikan yang lain juga.

Sokongan ini banyak disumbang oleh pengundi Melayu yang lazimnya menyokong seseorang ketua kerajaan yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.



Siaran media tersebut juga turut menjelaskan, walaupun Muhyiddin berada pada kedudukan populariti tertinggi, namun trend sokongan menunjukkan arus penurunan daripada 66 peratus ke 51 peratus dalam tempoh setahun pentadbiran Perikatan Nasional.

Trend ini juga menunjukkan adanya persamaan dengan pentadbiran 22 bulan PH.

Maknanya, walaupun masih popular, namun populariti itu semakin menurun, bukannya semakin lama memerintah menjadi semakin popular.

Penurunan ini kemungkinan besar disebabkan oleh beberapa tindakan yang kurang diterima oleh rakyat.



Kalau kita lihat kajian tersebut lebih mendalam, kajian tersebut lebih menceritakan implikasi perpecahan undi dari blok konservatif Melayu sebagaimana tajuk siaran media mereka.

Perpecahan undi konservatif antara BN dengan PN adalah lebih signifikan berbanding perpecahan undi blok liberal antara PH dan Muda.

Perpecahan ini memberi kelebihan kepada PH.

Namun jika undi blok konservatif Melayu berjaya disatukan, ini memberi kelebihan khususnya kepada BN.



Jadi, pada pendapat saya, kalau ini mahu dijadikan kayu pengukur populariti untuk Muhyiddin terus menjadi PM mengemudi PN menuju PRU15, ia bukanlah segalanya.

Di kala kehidupan rakyat kian tersepit kerana pandemik gila pada masa ini, banyak lagi keputusan di luar kotak yang perlu difikirkan oleh Muhyiddin dan pasukannya.

Betul rakyat terutama Melayu begitu terkesan dalam masa 22 bulan PH memerintah negara, namun ia bukan jaminan untuk kerajaan Muhyiddin kekal menang pada PRU15. Mk

RAMLI SAMAD adalah pemerhati politik.



Tamparan buat Kerajaan PN, Hashtag #KerajaanGagal Trending No 1 Di Twitter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker