MU kedua terganas, Arsenal paling ‘suci mulus’

 

MU kedua terganas, Arsenal paling ‘suci mulus’

Manchester United (MU) bukan saja menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL), malah turut berada di kedudukan kedua pasukan paling banyak me­lakukan kekasaran dalam liga.



Menurut statistik laman web penganalisis data bola sepak, CIES Football Observator, anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer melakukan kekasaran setiap tujuh minit (m), 56 saat (s) dan me­ngumpul 429 kesalahan sepanjang musim ini.

Mengungguli kedudukan teratas pasukan paling banyak melakukan kekasaran adalah Fulham dengan 435 dan kekerapan dilakukan 7.46s.

Sheffield United melengkapkan carta tiga pasukan teratas, diikuti Tottenham, manakala Chelsea di kedudukan keempat serta lima.

Sementara itu, Arsenal muncul pasukan paling ‘suci’ dalam kalangan 20 kelab Liga Perdana.



Skuad bimbingan Mikel ­Arteta itu hanya melakukan 317 kekasaran daripada 35 perlawanan.

Juara Liga Perdana, ­Manchester City juga agak ‘lembut’ berbanding jiran mereka, United dengan hanya melakukan 327 kekasaran.

Berada di kedudukan ketiga dan keempat pasukan paling kurang mengasari lawan adalah West Ham United dan ­Liverpool.

Menurut kajian itu juga, Arsenal muncul kelab paling bersih dalam kalangan pasukan di lima liga terbaik Eropah – EPL, La Liga, Serie A, Bundesliga serta Ligue 1.



Barcelona berada di tempat kedua, diikuti juara Jerman, Bayern Munich.

Kelab Sepanyol, Getafe ­paling ‘ganas’ dengan me­lakukan kekasaran pada setiap lima minit, 44 saat. – AGENSI

MU kedua terganas, Arsenal paling ‘suci mulus’


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET



Dulu Kau Sado, Sekarang Jadi Lembut Pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker