Puteri Sarah Pula Positif Covid-19

SELEPAS Nora Danish dan Tiz Zaqyah memaklumkan sudah bebas daripada jangkitan Covid-19, kini pelakon Puteri Sarah Liyana pula memberitahu dirinya dijangkiti virus itu pada Rabu.

Tidak berdepan sebarang simptom, Puteri Sarah, 35, berkata, dia disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan (swab test) ketiga.

“Assalammualaikum semua, sebaik-baik kita menjaga prosedur operasi standar (SOP) dan tak campur orang akhirnya kecundang jua

“Saya individu dalam kategori C sebelum ini, disebabkan shooting dan dua kali buat swab test (keputusan) Sarah negatif.



“Menyedihkan semalam buat lagi swab test sebab Sarah tak ada deria rasa bila makan dan tak ada deria bau (baru berlaku semalam) pergi buat ujian dapati saya positif Covid-19.

“Sebelum ni kuarantin tiada simptom apa-apa pun, Sarah sihat tapi terkena juga, ” katanya.

Minta maaf sesiapa yang kontak rapat dengan Sarah dari 10 Mei pergilah swab test!

Isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof ini berkongsi mengenai berita itu menerusi laman Instagram.



Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memohon maaf kepada keluarga dan kontak rapat yang pernah berhubung dengannya sebelum ini.

“Minta maaf sesiapa yang kontak rapat dengan Sarah dari 10 Mei pergilah swab test.

“Minta maaf kepada family saya, suami dan anak-anak… doakan kami semua ya. Jangan keluar rumah kalau tak ada apa-apa nak buat, jaga diri semua, ” ujarnya.-mSTAR



“Rindu Tetap Ada”….Puteri Sarah Akhirnya Buka Mulut Tentang Apa Terjadi Antara Dia Syamsul Yusof

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker