Maybank luluskan bantuan pembayaran semula RM32 bilion

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) telah memproses lebih 200,000 permohonan bantuan pembayaran semula dan meluluskan semua permohonan yang layak diproses berjumlah RM32 bilion sehingga Mei 2021.
Daripada permohonan yang diluluskan itu, 37 peratus telah diberikan lanjutan penangguhan pembayaran semula pinjaman dan pembiayaan mereka, kata bank berkenaan.
“Baki daripada pelanggan itu telah dibenarkan membuat pembayaran ansuran lebih rendah dengan tempoh yang dipersetujui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pihak bank terus menyediakan pelbagai solusi pembiayaan untuk perniagaan dan individu, serta mengulangi komitmennya untuk terus menyediakan bantuan pembayaran semula yang tersedia bagi membantu individu serta pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan masih boleh menghubungi pihak bank untuk berbincang dan mencari pakej yang paling sesuai bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka dan permohonan boleh dibuat secara mudah melalui pelbagai saluran termasuk dalam talian demi kemudahan pelanggan.

Tak kelakar ‘Road to 10k’ -netizen

“Keutamaan Maybank adalah untuk memastikan bahawa pelanggan terus mendapat akses kepada bantuan kewangan serta aliran tunai yang diperlukan agar mereka dapat memberi tumpuan kepada pengurusan kewajipan mereka yang lain semasa tempoh mencabar ini,” katanya.
Menurut Maybank, bagi memudahkan para pelanggan, permohonan bagi bantuan tersebut boleh dilakukan dengan mudah menerusi empat saluran, termasuk dalam talian menerusi Maybank2u (untuk pelanggan individu dan perniagaan milikan tunggal) atau Maybank2u Biz (untuk perusahaan mikro dan PKS) serta menerusi e-mel kepada [email protected] (untuk pelanggan individu) atau [email protected] (untuk pelanggan PKS).
Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana cawangan bank itu, Pusat PKS atau Pusat Pembiayaann Auto (mana yang berkaitan) di seluruh negara; atau hubungi Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688, dan tekan *1 untuk Bantuan Pembayaran Balik.
Pihak bank juga menggesa kepada pelanggan yang memerlukan bantuan, memohon melalui e-mel, telefon atau secara dalam talian untuk kemudahan dan keselamatan mereka, dan sesiapa yang ingin memohon di cawangan bank, digalakkan untuk membuat janji temu secara dalam talian dengan menggunakan Maybank EzyQ (melalui Maybank2u) sebelum hadir di cawangan.
— BERNAMA

 

‘Jajaran Baru’ Bersama BN, Kami Tak Kebulor – Penyokong PH




Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET


Vaksin seramai mungkin, jangan tumpu imuniti kelompok – Dr Adeeba



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker