Selangor tak setuju ‘full lockdown’


Kerajaan negeri Selangor tidak bersetuju dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) lebih ketat atau ‘full lockdown’ bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negeri itu.

Pengerusi Selangor Task Force Covid-19, Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan itu perlu dipertimbangkan kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi isi rumah, malah akan memberi tekanan kepada banyak pihak.

“Jangan jadikan lockdown itu jalan mudah untuk kita mengurus PKP,” katanya yang turut mengeluh mengenai ketelusan butiran data Covid-19 di negeri itu yang gagal diperolehi dari kerajaan pusat.

Bagaimanapun katanya, penekanan harus diberikan kepada rakyat Selangor bagi meningkatkan amalan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama dengan kehadiran varian baru Covid-19.

“Kalau kita nakkan kebebasan kita, maka tambahkan lagi amalan kita dari segi SOP,” katanya dalam sidang media khas yang diadakan di Shah Alam hari ini.

Sementara itu, Exco Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud berkata adalah lebih baik sekiranya langkah yang tuntas dan berkesan diambil untuk mengekang penularan Covid-19 berbanding pelaksanaan full lockdown.

Menurut Siti Mariah, pelbagai aspek perlu diambil kira terutamanya ekonomi mereka yang bergantung hidup dengan berniaga atau bekerja sendiri.

“Saya didatangi oleh orang yang kerja sendiri merayu sangat ‘YB janganlah sekali lagi lockdown sebab kami nak makan apa?’

“Kami (kerajaan Selangor) ni setakat di negeri Selangor kita boleh beri food pack tapi takkan hari-hari nasi, sardin dan benda-benda macam tu,” katanya dalam sidang media yang turut disiarkan secara langsung melalui Facebook. Mk

PKP menyeluruh boleh kurangkan jangkitan Covid-19 di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker