Habeas corpus tak ganggu siasatan ‘Geng Nicky’

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay, menegaskan permohonan habeas corpus (penahanan salah) dibuat beberapa peguam terhadap individu ditahan  bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau SOSMA, tidak akan mengganggu siasatan kes “Geng Nicky”.

Beliau berkata, tindakan mahu mempersoal, saman, dan habeas corpus adalah hak masing-masing.

“Tidak (mengganggu siasatan). Itu hak mereka nak persoal ke saman ke buat habeas corpus ke. Kami (polis) jalankan siasatan ikut undang-undang yang ada,” katanya pada sidang media.

Pada 5 Mei lalu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam dimaklumkan seorang pegawai polis yang turut ditahan mengikut SOSMA kerana disyaki mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow, sudah dibebaskan.

Peguam, Sreetheran Vallithan dipetik memaklumkan anak guamnya, Rahmat Fitri Abdullah berpangkat Asisten Superintendan (ASP), dibebaskan tiga hari lalu

Sehari kemudian, pegawai penyiasat kanan polis, G S Baldev Singh, yang ditahan mengikut SOSMA dalam siasatan terhadap “Geng Nicky” turut dilepaskan.

Najib tegur kerajaan perlu wajibkan kuarantin 14 hari dari semua negara

Peguam beliau, Gobind Singh Deo, berkata, pegawai berusia 36 tahun itu dilepaskan dengan jaminan polis selepas memfailkan habeas corpus pada 30 April lalu, dengan menamakan pegawai polis, Amran Mohd Jusin dan Ketua Polis Negara sebagai responden pertama serta kedua.

Berdasarkan afidavit sokongan difailkan bersama habeas corpus, Baldev mendakwa ditahan di ibu negara, pada 26 April lalu, untuk siasatan membabitkan kes jenayah mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan dibaca bersama SOSMA.

Baldev berkata, beliau tidak pernah terbabit dalam kes mengikut seksyen itu dan tahanannya di luar skop serta jangkaan Seksyen 130V Kanun Keseksaan dan SOSMA.

Pegawai polis itu juga memaklumkan penahanannya tidak sah dan bertentangan dengan Artikel 5, 8 dan 21 Perlembagaan Persekutuan.

 

Benci Israel, netizen ajak bagi ‘rating’ satu bintang pada aplikasi Waze


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker