Resepi Bihun Sup Tulang Utara Special


Resepi Bihun Sup Tulang Utara Special

Masa Penyediaan: 60 minit,
Masa Memasak:30 minit,
Jumlah Hidangan:7-8 orang

Bihun Sup Utara dari sup tulang. Kita akan tunjukkan cara nak masak sup tulang dan penyediaan lengkap bihun sup utara.

Ciri-ciri wajib ialah kuahnya yang berempah, tapi tak terlalu pekat, kalau letak tulang memang sedap sangat.



Bihunnya berwarna kuning, dihidangkan dengan sambal merah, dan condiment yang wajib seperti lobak masin, limau nipis dan lain-lain. Kalau buat makan ramai-ramai memang best sangat menu ni.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk tumbuk/kisar:

6-7 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Bahan-bahan untuk sup tulang:
Anggaran 1 kilo bahagian tulang lembu
Anggaran 300g isi daging
Batang sup
Batang/pangkal daun bawang
2 inci halia
1 bungkus sup bunjut
½ sudu besar serbuk jintan manis
½ sudu besar serbuk jintan putih
1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar serbuk lada hitam
1 batang serai
Air secukupnya
Garam, secukup rasa
1 sudu kecil lada sulah
½ kiub pati lembu/ayam
Bahan-bahan untuk rempah 4 sekawan
batang kayu manis
3 kuntum cengkih
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan untuk bihun:

1 pek / 500g bihun
½ sudu kecil serbuk kunyit
Bahan-bahan untuk sambal merah:
½ cawan minyak masak
4-5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar sos cili
½ cawan air asam jawa
garam, secukup rasa
Anggaran 2 sudu besar gula



Bahan-bahan untuk taburan:

lobak masin
limau nipis
hirisan daun sup
hirisan daun bawang
bawang goreng

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk sup tulang:

Masukkan daging dan tulang, bahan-bahan sup serta bahan tumbuk bersama.

Masukkan air mengikut kesesuaian dan rebus selama 2 jam.



Selepas sup sudah mula mendidih, letakkan garam secukup rasa, lada sulah dan kiub pati lembu/ayam.

Cara-cara untuk bihun:

Rendam bihun didalam air yang dimasak lalu masukkan ½ sudu serbuk kunyit dan biarkan sehingga bihun menjadi lembut.

Kemudian, toskan air dan bilas bihun dengan air sejuk agar proses pemanasan bihun berhenti.



Cara-cara untuk sambal merah:

Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.

Masukkan bahan-bahan untuk sambal merah seperti cili kisar, cili serbuk dan sos cili. Pastikan bahan dimasak dengan betul-betul sehingga menjadi pekat dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika perlu.

Selepas itu, masukkan air asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Lebihkan gula untuk rasa sambal yang lebih sedap.

Tips:

Pilihan daging untuk dibuat sup lebih sedap dan lembut pada bahagian urat jika nak dibandingkan dengan bahagian batang pinang.



Jika menggunakan pressure cooker, anggaran masa untuk merebus sup adalah selama 40-60 minit untuk daging menjadi lembut.

Sotong kering atau sedikit belacan boleh dicampurkan sekali di dalam sambal merah jika mahu.

Resepi Che Nom

Resepi Bihun Sup Tulang Utara Special




Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Menu Original Ala Thailand, Ini Resepi Sup Ikan Merah Masam Pedas ‘Tom Som Pla’

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker