Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia


Pemanah senior negara, Haziq Kamaruddin, 27 tahun, meninggal dunia awal pagi ini.
Perkara itu disahkan rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan menerusi akaun Facebook miliknya pagi ini.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang.

Beliau juga sebelum ini banyak mencipta kemenangan di peringkat antarabangsa dengan meraih pingat emas pada Sukan Kejohanan Memanah Asia 2011 di Tehran, Sukan SEA 2015 di Singapura dan Sukan SEA 2017 di Malaysia.

Pada 2012, beliau bersama Pandelela Rinong dinobat Olahragawan dan Olahragawati Terbaik Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Pemergian Olimpian negara, Haziq Kamaruddin dari sukan memanah bukan saja mengejutkan peminat sukan negara, bahkan turut mengejutkan atlet lain yang pernah bersama dengan Haziq.

Antara yang merasai kehilangan Allahyarham ialah atlet terjun negara, Wendy Ng yang mengakui Haziq seorang rakan yang suka berkongsi cerita dan pengalaman.

Wendy yang pernah layak dua kali ke pentas Olimpik pada 2012 di London dan 2016 di Rio, Brazil cukup mengenali Haziq yang turut layak ke pentas sama sebanyak dua kali.

“Bro (Haziq) anda akan dirindui selama-lamanya. Kenangan indah yang anda kongsikan kepada kami akan sentiasa diingati sebagai individu yang baik. Rehat dan tenanglah di sana,” kata Wendy di laman story Instagramnya.

Selain Wendy, rakan lain yang turut merakamkan ucapan takziah adalah atlet olahraga, Iskandar Alwi di laman sosialnya.

“Al-Fatihah untuk mu sahabat. Semoga di tempatkan di tempat orang-orang beriman,” katanya yang beraksi dalam acara lompat bergalah.

Terdahulu, atlet berpengalaman itu disahkan meninggal dunia pagi tadi.Arwah berusia 27 tahun yang memburu tempat ke temasya Olimpik buat kali ketiga itu kini di bawa ke Hospital Kajang untuk menjalani ujian calitan sebelum menunggu arahan polis bagi proses bedah siasat.

Perkara itu disahkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Untuk rekod, Haziq menjadi taruhan negara untuk layak beraksi di Tokyo dalam acara berpasukan seterusnya mengikuti jejak langkah rakan pasukan, Khairul Anuar Mohd.

Penuntut Malaysia di UK meninggal dunia selepas rebah di padang bola

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker