Negara Islam bertanggungjawab kutuk serangan ganas di Gaza: Turki

67 orang terkorban sejak serangan pada hari Isnin

Negara-negara Islam mesti menunjukkan sikap bersatu dan pendirian jelas mengenai tindakan kejam negara haram Israel terhadap umat Islam di Palestin.

Naib Presiden Turki, Fuat Oktay berkata, umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk bertindak mengutuk keganasan yang berlaku.

“Apa yang kami mahukan adalah langkah-langkah aktif diambil.

“Ada keputusan diambil berulang kali di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ada kecaman.



“Tetapi malangnya tidak ada hasil yang diperoleh, kerana pendirian yang jelas tidak ditampilkan,” kata Oktay kepada wartawan selepas solat subuh menjelang akhir bulan puasa umat Islam di bulan Ramadan.

Azhar jelaskan jawatankuasa Parlimen boleh mesyuarat ketika darurat

Dalam beberapa hari, Israel melancarkan serangan udara ke atas gerakan Islam di Semenanjung Gaza.



Menurut Kementerian Kesihatan, sekurang-kurangnya 67 orang terkorban di Gaza sejak serangan pada hari Isnin.

Pegawai perubatan berkata, seramai tujuh orang terbunuh di Israel.

Dengan konflik yang mula menyerupai perang Gaza pada tahun 2014, kuasa dunia telah menuntut pengurangan dan Amerika Syarikat (AS) mengatakan pihaknya merancang mengirim utusan untuk perbincangan dengan Israel dan Palestin.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berulang kali mengecam penjajahan Israel di Tebing Barat dan perlakuannya terhadap rakyat Palestin.



Sabtu lalu, beliau menegaskan, Israel adalah negara pengganas selepas polis melepaskan peluru getah dan bom tangan ke arah jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis. – Agensi

 

 


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Bukit Aman siasat pegawai kanan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker