Nostalgia Aidilfitri – Saat-saat terakhir bersama ibu.

Nostalgia Aidilfitri
Nostalgia Aidilfitri. Saat yang terpahat dalam ingatanku, saat saat terakhir bersama ibu.

Nostalgia Aidilfitri. Hospital Taiping 18 Sept. 1989  jam 9 pagi. Aku melawat Ibu seperti biasa.  Selepas dia  terlantar selama dua minggu di Hospital Taiping . Dia kehilangan sebelah kakinya setelah dipotong kerana kakinya dijangkiti “gangrane”. Dia mengidap penyakit “Kencing Manis” yang Kronik, dan kerana penyakit tersebut  menyebabkan kakinya menjadi “gangrane”. Atas Nasihat Doktor Kaki nya terpaksa dipotong.

Ibu tanpa buka mata, memanggil nama aku bila dia terasa aku berada disisinya, memanggil dengan panggilan manja aku dikalangan keluarga terdekat.

“Sayang ibu tak?” keluar dari mulutnya dgn nada perlahan sambil menahan sakit yang ditanggungnya.

“Mestilah sayang mak” jawab aku “Malah saya  lebih sayang mak dari nyawa saya sendiri”.

“Kalau macam tu tolong buatkan Ibu bubur macam Ibu selalu buatkan untuk kamu dan adik kamu” tambah nya lagi dengan suara yg perlahan.

Bila mendengar permintaan Ibu, aku terus turun dari wad dan mencapai basikal. Aku mengayuh Baksikal hadiah harijadi aku yang diberinya pada aku. Aku kayuh dengan laju, kalau jaguh lumba basikal disebelah aku pun pasti dia kalah.

Kayuh 6 kilometer

Aku kayuh 6 kilometer, jarak antara Hospital dan rumah kami dikuarters angkatan tentera. Langsung tak terasa penat entah kenapa aku pun tak tahu.

Sampai dirumah aku terus kedapor, untuk masak bubur seperti cara yang ibu masak untuk kami.

Selesai masak aku terus mengayuh Basikal ke Hospital Taiping.

Sesampai aku di hospital, Ibu minta aku menyuapkan bubur itu. Aku suapkan satu persatu hingga habis semua bubur dan Ibu tetap enggan membuka mata memandang aku.

Aku merayu Ibu membuka mata namun Ibu tetap tidak mahu buka dan hanya berdiam setiap kali aku minta buka mata. Kebetulan hari itu Pertabalan Sultan Perak sebagai YDPA dan Ibu bertanya mengenai kemeriahan pertabalan itu. Aku ceritakan aku tak sempat tonton kerana sibuk di dapur memasak bubur.

Rupanya ada sebab Ibu enggan buka mata dan memandang aku dan adik adik sepanjang 2minggu di Hospital. Ibu tahu dia tidak mampu bertahan lagi. Dia sengaja meminta aku masak bubur seperti dia masakkan kerana mahu tahu samada aku sudah bersedia kehilangan dia dan akan memasak seperti dia masakkan buat adik adikku.

Aku kehilangan IbuTepat pukul  6.30petang  18 Sept. 1989 aku kehilangan Ibu. Permata hidup ku.

Maaf aku tak mampu ungkapkan setiap kali aku menulis mengenai Ibu. Ai mata pasti mengalir tidak berhenti.

Ibu, Wasiatmu telah ku tunai. Adik adik telah besar dan mampu menjaga diri sendiri, mereka tidak pernah kelaparan didalam penjagaanku.

Semuga bertemu di Jannah. Aku sangat rindu pada mu ibu.

Al Fatihah buat seluruh kaum keluarga Yahya & Asiah

Nostalgia Aidilfitri

Yusman Zahari Zakaria
2 Syawal 1442 (Hijrah)

 

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker