Tentera Bawang Malaysia Sertai Perjuangan Bela Palestin Gaza
Tentera Bawang Malaysia Sertai Perjuangan Bela Palestin Gaza. Laman Facebook Pasukan Keselamatan Israel (IDF) kembali dihujani komen-komen dari ‘tentera bawang’ Malaysia yang rata-ratanya mengecam serta memperlekehkan tindakan pengeboman oleh pasukan berkenaan ke atas penduduk Palestin di Gaza.
Pelbagai komen yang mendoakan kegagalan serta kehancuran pasukan tersebut dan Israel ditinggalkan oleh pengguna Facebook dari Malaysia sebagai tanda sokongan kepada perjuangan serta pengorbanan penduduk Palestin mempertahankan tanah air mereka.
Tinjauan ke laman Facebook IDF mendapati komen-komen daripada netizen Malaysia dibuat di setiap kemaskini status oleh admin laman berkenaan sehingga mencetuskan kegusaran dalam kalangan pengguna yang menyokong tindakan kejam pasukan berkenaan.
Tentera Bawang Malaysia Sertai Perjuangan Bela Palestin Gaza
Seorang pengguna dengan nama Mohammed Ramzie berkata, serangan ke atas Tel Aviv, Israel hanyalah sebagai tindak balas ke atas serangan yang dimulakan oleh mereka dahulu.
“Setiap penderitaan yang dirasai dan diadukan oleh kamu (Israel) terjadi pada keluarga Palestin juga. Kerajaan kamu yang memulakan dahulu (serangan). Golongan muslim tidak akan mendiamkan diri dan akan bertindak balas,” katanya.
MrZulfahmi Syamir pula berkata, mak kau hijau, kamu yang mulakan dahulu kemudian berlakon menjadi mangsa, kau boleh beli cincau di kedai atau bermaksud ‘you are handsome’.
Seorang lagi pengguna, Zul Hilmi berkata, netizen dari Malaysia perlu mencampurkan loghat-loghat yang ada untuk meninggalkan komen kerana ia boleh difahami warga Israel walaupun ditaip dalam bahasa Melayu.
“Tidak lama lagi bani Israel ni pun faham cakap Melayu. Macam mana Bani Jawi sekalian? Kita kena campur-campur loghat ni,” katanya berseloroh apabila mendapati setiap komen berbahasa Melayu di laman tersebut dijawab dan dibahaskan oleh rakyat Israel.
Terdahulu, angka korban di Gaza dan Israel dilaporkan terus meningkat ketika pertempuran antara pejuang Palestin dan tentera Israel menjadi semakin sengit.
Pejuang Palestin membedil lebih 300 roket ke arah Israel sejak malam kelmarin, menyebabkan dua penduduk Israel terbunuh manakala rejim Zionis pula berkata mereka melancarkan serangan balas dengan mengebom 150 sasaran di Gaza.
Baca Artikel Menarik
- Remy Ishak ‘balik kampung’ naik pesawat persendirian
- Kuih Lapis Lembut Dan Sedap
- Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur
- Soto Ayam Di Hari Raya
- Suara peniaga makin tenggelam – Mila Jirin
- Ayam Kuzi Istimewa
Layari Laman Facebook My KMU NeT
You must be logged in to post a comment.