Lelaki Mahu Miliki 100 Isteri Sebelum Mati

Lelaki Mahu Miliki 100 Isteri Sebelum Mati

Lelaki Mahu Miliki 100 Isteri Sebelum Mati. Seorang lelaki yang mempunyai 16 orang isteri dan 151 orang anak mengaku bercita-cita untuk memiliki 100 isteri dan 1,000 anak sebelum dia meninggal dunia, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Misheck Nyandoro, 66, yang tidak bekerja berkata,  tugasnya adalah untuk melayani kesemua isterinya.

Lelaki Mahu Miliki 100 Isteri Sebelum Mati

Nyandoro yang bakal berkahwin dengan isteri ke-17 pada musim sejuk nanti juga akan meniduri 4  isterinya mengikut jadual sebagai kaedah menambah ahli keluarga.

Lelaki Mahu Miliki 100 Isteri Sebelum Mati

“Setiap malam, saya akan tidur di bilik 4 orang isteri mengikut jadual.

“Begitulah rutin harian saya iaitu untuk melayan kesemua isteri, saya tiada pekerjaan lain,” jelasnya.

Nyandoro juga mendakwa biarpun dia tidak bekerja, dia hidup mewah kerana sering diberikan wang dan hadiah oleh anak-anaknya.

Lelaki itu mula hidup berpoligami sejak 1983 dan tidak berhasrat untuk berhenti berbuat begitu sehinggalah dia mati kelak.

Dia juga mendakwa kesemua isterinya gembira dengan cara hidup sebegitu.

Keluarga besar Nyandoro hidup bergantung pada hasil pertanian dan telah diberikan tanah seluas 93 hektar berdekatan pergunungan Mvurwi untuk diusahakan.

Nyandoro berkata hidupnya bebas tekanan kerana dia tidak bekerja dan kesemua isterinya amat sayangkan dia serta akan memasak pelbagai juadah berbeza kepada Nyandoro.

“Saya juga hanya makan makanan yang enak, sekiranya masakan isteri tidak menepati selera, saya akan menghantar pulang makanan itu supaya dia belajar dan memperbaiki masakannya,” jelas lelaki itu.

Nyandoro kali terakhir berkahwin pada 2015 sebelum berhenti kerana situasi ekonomi yang memburuk di Zimbabwe. -Agensi

Sumber: DailyMail


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Jutawan Playboy Tiduri 4,000 Wanita Mati Dipercayai Diracun Isteri Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker