Resepi Sotong Masak Hitam Mamak


Resepi Sotong Masak Hitam Mamak

Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:6 orang

Resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak, walaupun tak sama 100% untuk cara dan bahannya tetapi hasilnya sangat sedap dan sesuai dimakan bersama nasi kandar, nasik minyak, nasi tomato atau nasi berempah yang lain.

Kalau boleh gunakan sotong putih yang besar dan ada telur yang penuh di dalamnya kerana isi sotong putih adalah tebal, manis dan telur sotong rasanya sangat sedap apabila dimasak. Itulah jenis sotong yang biasanya dipilih untuk masakan ini.

Bahan-Bahan:

1/2 kg sotong
1 batang serai, ketuk
2 tangkai daun kari
1 helai daun pandan, potong pendek
2-3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 biji tomato, hiris nipis
kicap manis secukupnya
2 sudu besar sos tiram
2 biji bawang besar, blend kasar
garam dan gula

Bahan-bahan untuk rempah tumis:

1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan untuk tumbuk atau kisar halus:

6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 ketul kunyit hidup, jika suka

Cara Penyediaan:

Bersihkan sotong dan toskan. Sotong jangan dipotong sebab kita nak masak sotong seekor-seekor.

Panaskan minyak dan tumis serai, daun pandan, daun kari, dan bahan-bahan rempah tumis.

Kemudian masukkan bahan-bahan kisar halus dan kacau sehingga kekuningan serta naik bau.

Masukkan pula cili kisar dan masak seketika.

Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan sotong. Tuang kicap secukupnya.

Masukkan bawang besar yang dikisar kasar tadi bersama sos tiram. Masak sehinga kuah pekat.

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Tips:

Sotong harus ditos airnya supaya nanti kuah masak hitam tidak terlalu berair.

Ini adalah kerana sotong itu sendiri akan mengeluarkan air apabila dimasak.

Kalau nak gantikan hirisan tomato dengan tomato puree pun boleh juga.

Resepi Che Nom

 

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Resepi Ayam Kuzi Istimewa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker