Guru buat lawak rogol dipindahkan

Sebaran :

 

Guru buat lawak rogol dipindahkan. Guru lelaki yang didakwa membuat lawak mengenai isu rogol di kelas, seperti didedahkan pelajar Tingkatan 5 Ain Husniza Saiful Nizam, telah digantung tugasnya sementara waktu di SMK Puncak Alam, Selangor sementara menunggu siasatan polis.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan hari ini mengesahkan guru tersebut telah ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

“Tindakan KPM seterusnya bergantung kepada hasil siasatan kes ini,” kata kementerian itu, merujuk laporan polis Ain pada 24 April lalu.



Pada 24 April lalu, Ain memuat naik satu video di TikTok, di mana dia mendakwa seorang guru lelaki telah membuat jenaka mengenai rogol semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan ketika para pelajar membincangkan gangguan seksual

Ini termasuk guru tersebut memberitahu pelajar lelaki di kelas “nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18.”

Meskipun menerima sokongan selepas video terbabit mula tular di media sosial, Ain berkata, dia turut menerima kritikan termasuk dari pengetua sekolah itu yang didakwa menggelarnya “ának setan” di Facebook.



Sementara itu, KPM turut berkata pihaknya telah meneliti secara terperinci tangkap layar yang tular mengenai komen yang dikatakan dibuat oleh pengetua sekolah terhadap Ain melalui aplikasi Facebook.

“KPM mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua berkenaan di Balai Polis Kuala Selangor yang menafikan bahawa beliau telah memuat naik komen berkenaan dan mengesyaki akaun Facebook miliknya telah digodam,” katanya.

Mahathir langgar SOP (PKP)

Untuk rekod, komen itu dibuat untuk mengkritik Ain yang dilihat memakai tudung dalam satu poster di Facebook.



Sejak isu ini menjadi tumpuan, Ain tidak ke sekolah kerana dia berasa tidak selamat selepas tiada tindakan diambil ke atas cikgu tersebut.

Ain juga berkata, ayahnya Saiful Nizam Abdul Wahab telah berjumpa dengan pengetua sekolah, guru kelas dan persatuan ibu-bapa dan guru (PIBG) untuk membincangkan perkara tersebut.

Perbicangan itu dilakukan selepas Ain telah menerima surat amaran pada 4 Mei yang menyatakan bahawa dia akan digantung sekiranya berterusan tidak hadir ke sekolah.



Mengulas hal tersebut, KPM berkata surat amarat itu diberikan kerana ia merupakan sebahagian usaha pemantauan kehadiran murid ke sekolah yang dilaksanakan melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).

Jelasnya, jika murid tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut-turut tanpa mengemukakan sebab secara bertulis kepada pihak sekolah, guru melalui sistem ini boleh mengeluarkan surat amaran pertama.

“Bagi tempoh 16 hingga 30 April 2021, sekolah berkenaan telah mengeluarkan sebanyak enam pucuk surat amaran pertama kepada ibu bapa/penjaga yang anak/anak jagaan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.



“KPM ingin menekankan bahawa Kementerian sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kebajikan murid serta seluruh warga sekolah,” katanya.

Gesaan Ain untuk memastikan sekolah menjadi tempat selamat turut mencetuskan perdebatan rakyat berhubung isu gangguan seksual di sekolah serta menuntut perubahan dalam sistem pendidikan.

Kes Adib bukti KDN gagal bela nasib rakyat!

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT

[VIDEO] ADI PUTRA TAK DAPAT TAHAN SEBAK – ANAK ANGKAT ISTIMEWA USAHA BACA DOA



Sebaran :

Leave a Reply