Hujan lebat, ribut petir diramal landa 5 negeri
Hujan lebat, ribut petir diramal landa 5 negeri
Ribut petir serta hujan lebat diramal melanda beberapa kawasan di lima negeri pada pagi ini iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook memaklumkan, bagi negeri Sabah ia membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort).
Ia juga melibatkan kawasan di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat (Kota Marudu).
Keadaan ribut petir dan hujan lebat tersebut dijangka akan berlarutan sehingga pukul 9 pagi hari ini.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Conson) yang kini berada kira-kira 164 kilometer (KM) ke barat daya Dagupan City, Filipina.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, kedudukan terkini ribut Tropika berkenaan berada di latitud 15.8 utara dan longitud 118.8 timur.
Kelajuan angin dijangka boleh mencecah sehingga 83 km sejam dan jarak dari bandar terdekat ialah di Sabah kira-kira 1,014 km ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Bagaimanapun, tiada kesan signifikan dijangka berlaku di negara ini. K Online
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Hujan lebat, ribut petir diramal landa 5 negeri
Baca Artikel Menarik :
- Email Justo bakal buktikan Najib tidak bersalah
- Tolonglah KJ, kena bijak buat keputusan, tegur Peja
- Mahathir is against academic freedom – Maszlee
- Perang proksi Azmin dan Anwar makin sengit di NS
- Nourul Depp jalani pembedahan ketumbuhan pada rahim
- ‘Kalau salah, saya lawan’, Najib jawab netizen
- Tumbuk cermin masjid sebelum ditemui mati di rumah sewa
- Dua Beradik Tiri Bergaduh Dengan Orang Awam Di PPV Ditahan [VIDEO]
- Kerani curi duit syarikat RM4 juta ketika bos cuti sakit
- Senyuman manis Nur Dhabitah bikin netizen cuba jual minyak
- Resepi Bubur Pulut Hitam Durian
Layari Laman Facebook MYKMU
Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)
You must be logged in to post a comment.