Semua kilang arak ditutup serta-merta – Ismail Sabri

Semua kilang arak ditutup serta-merta - Ismail Sabri

Semua kilang arak ditutup serta-merta – Ismail Sabri

PETALING JAYA: Kerajaan memutuskan semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanya untuk keperluan asas sahaja.



“Sebagai makluman, kesemua sektor perkilangan ditutup, kecuali 12 kategori sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Pemuda Amanah mempersoalkan tindakan kerajaan membenarkan kilang Carlsberg Brewery Malaysia Berhad meneruskan operasi di bawah PKP penuh, selepas surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tular di media sosial. FMT

Semua kilang arak ditutup serta-merta – Ismail Sabri


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pemuda Umno mahu lihat Azmin secara langsung menjelang ‘total lockdown’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker