Isteri terjah suami curang di rumah kekasih


Isteri terjah suami curang di rumah kekasih, suami panik pura-pura solat. KESABARAN seorang isteri ada batasannya, apatah lagi setelah mengetahui yang si suami telah sekian lama berlaku curang dengan mempunyai ‘kekasih gelap’ yang merupakan rakan sepejabatnya.

Di Indonesia, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan bagaimana si isteri bernama Jabilku telah menyerbu ke rumah wanita tempat suaminya berlaku curang tersebut dan mendapati satu peristiwa lucu berlaku.

Sebagai ‘mengakui kehebatan lakonan si suami’, dia mula menepuk tangan dan melabelkan suaminya, Saiful Gani sebagai ‘hebat’ kerana dilihat tiba-tiba berpura-pura menunaikan solat.

Menurut TribuneNews.com, perempuan tersebut yang panik tembelangnya pecah mula meninggikan suara dan kononnya meminta agar tidak dikasari.

Menurut Jabilku, walaupun sering menafikannya, suaminya telah tiga tahun jalin hubungan terlarang dengan rakan sepejabat tersebut dan jiran-jiran di kediaman wanita tersebut menjadi saksi.

Difahamkan, hubungan terlarang dengan wanita penggoda itu bermula dengan mesej berupa luahan perasaan di Instagram masing-masingnya.

Si isteri yang terlalu kecewa akur dengan takdirnya malahan menyifatkan dia dan anak hanya mampu berdoa sahaja atas kejahatan itu dan tidak mahu mengambil tindakan keras terhadap mereka.

Tambahnya lagi, suaminya tidak serik kerana sudah tiga tahun bermain kayu tiga dengan wanita terbabit yang merupakan rakan sepejabat tersebut. Utv

Isteri terjah suami curang di rumah kekasih, suami panik pura-pura solat


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT

SHUK MENYESAL, JANJI TAK CURANG LAGI


Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker