Zahid tolak dakwaan jadi calon PM jika menang PRU15

#PRU15

Zahid tolak dakwaan jadi calon PM jika menang PRU15

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata naib presiden Ismail Sabri Yaakob kekal dicalonkan sebagai perdana menteri jika Barisan Nasional (BN) menang PRU15.

Presiden Umno itu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembangkang bahawa beliau akan diangkat sebagai perdana menteri, bukan Ismail.

Katanya, keputusan mencalonkan Ismail ke jawatan itu tidak boleh dipertikaikan lagi.

Namun, kuasa melantik perdana menteri masih tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi jika ada parti pembangkang yang menamakan orang lain daripada Ismail itu adalah usaha untuk mereka memecahkan Umno dan BN, jadi itu saya tidak hormati pendirian itu.

“Kita hormati kuasa mutlak yang ada bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya menurut Sinar Harian.

Hari ini, Umno Bahagian Masjid Tanah mempersoalkan usul Ismail sebagai perdana menteri selepas PRU15.

Ketuanya, Ab Rauf Yusoh, berkata usul sedemikian tidak perlu dibawa memandangkan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada April, sudah menamakan Ismail bagi jawatan penting itu.

Justeru, Umno bahagian diketuainya mematuhi keputusan itu tanpa perlu membawa usul sama.

Semalam, Bernama melaporkan usul menamakan Ismail sebagai perdana menteri mendominasi sebahagian besar mesyuarat Umno bahagian.

Antara bahagian parti itu yang bersetuju mengusulkan penamaan Ismail adalah Umno Machang di Kelantan; Tenggara, Pontian, Parit Sulong dan Tebrau di Johor. Hari ini, Umno Tampin di Negeri Sembilan dan Padang Terap, Kedah juga mengambil ketetapan sama.

Persidangan Bahagian Umno bermula kelmarin hingga hari ini melibatkan 191 bahagian. FMT

Zahid tolak dakwaan jadi calon PM jika menang PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker