Beli karpet online saja, Anzalna Nasir perli Neelofa ke?

Beli karpet online saja, Anzalna Nasir perli Neelofa ke?

Ketika seorang selebriti dikecam ramai selepas didakwa merentas negeri untuk membeli-belah permaidani di Nilai 3, lain pula reaksi diterima pelakon jelita Anzalna Nasir.

Memetik laporan Kosmo! Online, baru-baru ini pelakon berusia 33 tahun itu memuat naik sebuah posting video di laman Instagram memaparkan hamparan karpet yang baru dibeli secara dalam talian.



Difahamkan, pelakon drama Dendam Aurora itu tiada niat untuk menyindir atau meraih populariti murahan sebaliknya sekadar berkongsi kegembiraan bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

https://www.instagram.com/p/COZdAc_BR6Q/

“Tak lama lagi dah nak raya! Saja bagi suasana nak raya, jadi kita tukar karpet baru beli online saja,” tulisnya dalam posting tersebut.

 



Berikutan itu, tindakan Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir menerima pujian kerana tidak perlu ‘ke sana ke sini’ sehingga mengundang cacian warganet sebaliknya hanya membeli secara dalam talian.

Bagus, apa nak susah2 merentasi halangan

Respek Anzalna, nampak lebih ‘mahal’



Dah la bijak, cantik pulak tu!

Boleh beli online, kenapa susah2 pergi Nilai

Sekadar makluman, Anzalna berkahwin dengan usahawan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Mohamad Eidrees yang kini sudah berusia dua tahun.



Sumber: Kosmo! Online , OMM, Instagram Anzalna Nasir


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 



“Janganlah Malu Beli K@ndom” – Sharifah Alesya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker