[VIDEO] #BraderCincau Trending Selepas Tanya Soalan ‘Padu’ Mengenai SOP Raya

Sidang media khas perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang Selasa telah mencetuskan pelbagai reaksi oleh netizen sehingga trending di laman Twitter.

Wartawan Curi Perhatian

Ketika sesi soal jawab, seorang wartawan mencuri tumpuan ramai dengan bertanya pada Ismail mengenai beberapa isu yang hangat diperkatakan terutama berkaitan individu yang ingin merentas negeri dengan memberi alasan yang tidak munasabah.



Sidang media khas – Beri Contoh Cincau

Menariknya, ketika itu wartawan tersebut turut memberi beberap contoh gambaran alasan yang tidak munasabah yang diberikan oleh golongan tertentu termasuklah ingin ke Melaka kerana mahu membeli cincau.

“Datuk Seri dah sebut sebentar tadi, rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali. Tetapi mungkin ada pengecualian pada mana-mana pihak khususnya pada mereka yang terkenal ini untuk merentas negeri? Kerana kita tidak mahu berlaku lagi merentas negeri melibatkan orang-orang kenamaan, orang-orang yang terkenal bagi alasan yang mungkin tidak munasabah. Nak ke Melaka beli cincau misalnya nak ke Penang beli pasembor misalnya” tanya wartawan itu

#BraderCincau Trending

https://twitter.com/i/status/1389522519388999683

Gara-gara soalan itu, gelaran ‘#BraderCincau’ yang diberikan oleh netizen buat wartawan itu telah trending di laman Twitter selepas mendapat pujian ramai. Malah, tidak kurang juga ada yang terhibur dengan soalan tersebut kerana mengikut ‘bahasa pasar’ cincau dirujuk orang ramai sebagai ritma pantun yang memerli sesebuah pihak.

“Pergi ke kedai membeli cincau…”

Dalam perkembangan berkaitan, enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.Enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP.Tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuat kuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).-Murai



Sidang media khas


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

KPN hentam campur tangan Menteri KDN pada sidang media terakhir



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker