Resepi Biskut Thumb Print
Resepi Biskut Thumb Print
Masa Penyediaan: 2 jam 30 m,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:60 Biji
Resepi Biskut Thumb Print yang sangat mudah tapi menghasilkan biskut yang cantik dan menarik. Orang putih panggil biskut ni sebagai ‘festive cookies’ kerana selalu dihidangkan pada waktu perayaan mereka. Sesuai sangat kalau nak hidangkan di Hari Raya nanti. Biskut ni adalah salah satu biskut kegemaran ramai.
Pastikan anda gunakan jem dan butter/mentega berkualiti tinggi. Untuk resepi ini, Che Nom gunakan unsalted butter. Tapi jika ada gunakan salted butter, tak perlu lagi letak garam ye, abaikan sukatan garam dalam resepi tu.
Bagi kita, penggunaan unsalted butter lagi sedap untuk biskut. Tapi tak ada masalah jika guna salted butter pun. Jem pula, boleh gunakan jem apa sahaja yang anda suka. Jem raspberry, jem blueberry, jem aprikot..semua ikut selera masing-masing. Anda harus cuba resepi biskut ni.
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk biskut:
170g (3/4 cawan) mentega, suhu bilik
150g (2/3 cawan) gula
1 biji telur, size besar
1 sudu teh esen vanilla
2 ½ cawan tepung gandum
½ sudu teh baking powder
¼ sudu teh garam
Jem strawberry secukupnya
Cara Penyediaan:
Panaskan oven pada suhu 150°C.
Ayak tepung, baking powder dan garam.
Ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Tutup doh atau balut dengan plastik wrap dan rehatkan di dalam peti ais selama 2 jam.
Keluarkan dan uli doh bulat-bulat kecil sebesar biji guli. Tekan dengan ibu jari membentuk lubang kecil.
Sudukan sedikit jem di atas supaya memenuhi lubang kecil, tetapi jangan terlalu penuh nanti jem akan melimpah apabila dibakar.
Bakar selama 10-15 minit, atau sehingga kekuningan.
Angkat dan sejukkan.
Tips:
Boleh juga gunakan hujung senduk untuk membuat lubang pada bahagian atas doh.
Resepi Che Nom
Resepi Biskut Thumb Print
Baca Artikel Menarik
Layari Laman Facebook My KMU NeT
You must be logged in to post a comment.