‘Dulu UMNO tak ada peruntukan’



Sebaran :

BAGAN SERAI – UMNO Bahagian Bagan Serai meneruskan kembali tradisi sumbangan Aidilfitri kepada asnaf dan fakir miskin selepas tiga tahun menyepi disebabkan tiada peruntukan ketika menjadi pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian, Datuk Sham Mat Sahat berkata, kebiasaan yang dilakukan sejak 1999 itu bagi meraikan mereka yang memerlukan antaranya anak yatim, ibu tunggal dan keluarga yang tidak berkemampuan di seluruh kawasan Parlimen.

“Bila kita (UMNO) kalah dan tidak jadi kerajaan, tiga tahun iaitu pada 2018, 2019 dan 2020 kita tak bagi bantuan dah seperti ini kerana kita tak ada peruntukan ketika itu.



“Ahli Parlimen yang ada pun sudah meninggalkan kita, jadi saya tekad jika kembali kepada kerajaan, kita akan hidupkan balik program ini kerana keutamaan kita adalah kebajikan rakyat, mereka yang berikan kita tempat jadi kenalah kembalikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri UMNO Bahagian Bagan Serai di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin di sini pada Ahad.

Menurutnya, tahun ini hampir 600 golongan sasar di kawasan Parlimen itu tersenarai sebagai penerima sumbangan.



Tenat! Suara peniaga makin tenggelam – Mila Jirin

“Kita beri kepercayaan kepada ketua-ketua kampung dan cawangan (UMNO) untuk dapatkan senarai penerima itu, kita bagi pada semua tanpa pilih parti mana, asalkan susah kita bantu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak itu berkata, pihaknya akan melakukan penyelarasan bersama Jabatan Kesihatan Negeri bagi memudahkan proses pemberian vaksin Covid-19 dalam kalangan warga emas di kawasan itu.

Katanya, daripada laporan diterima, masih terdapat sebahagian besar kalangan warga emas belum berkesempatan mendaftar sebagai penerima vaksin antaranya disebabkan tiada aplikasi MySejahtera.



“Kebanyakan penduduk kawasan Parlimen ini dalam kalangan warga emas jadi langkah awal boleh kita lakukan adalah bantu daftar, mungkin secara berkelompok dengan mengumpulkan empat ke lima kampung dan buka pendaftaran untuk mereka,” katanya.

 

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT

 

Hantar kuih raya antara alasan nak rentas daerah, negeri


Sebaran :


Leave a Reply