Adun Gombak Setia ‘rancang’ insiden rogol?

 

Seorang wanita yang mendakwa dirogol kenalan kepada Adun Gombak Setia, Hilman Idham kini mendakwa ahli politik dari Bersatu itu merancang insiden yang berlaku pada 5 Dis lalu.

Tuduhan terbaru itu direkodkan dalam satu laporan polis bertarikh 8 Mei. Laporan itu dibuat beberapa jam selepas laporan awal pada 5 Dis itu tersebar di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Kassim pada ketika itu mengesahkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.

Pada masa itu, Azmi berkata mangsa telah menarik balik laporan awalnya pada 8 Dis, tetapi sekitar Januari membuat permohonan kepada polis agar meneruskan siasatan mereka.

Peguam mangsa, Asheeq Ali mengesahkan bahawa mangsa membuat laporan keduanya, yang turut tersebar di Facebook.

“Laporan kedua itu asli. Kami tak pasti bagaimana kedua-dua laporan itu dibocorkan,”

Viral video lelaki dipercayai ADUN peluk wanita masuk bilik hotel

Laporan itu meminta polis mempercepat siasatan ke atas Hilman dan kenalan-kenalannya, termasuk seorang lagi lelaki yang dipercayai pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional (PN).

Berdasarkan laporan pertamanya, mangsa mendakwa Hilman menjemputnya ke sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk meraikan ulang tahun kelahirannya pada hari Jumaat, 4

Disember, bersama salah seorang kenalan Hilman dan dua rakan wanita lain.

Kata mangsa, ketua bahagian parti PN itu menyertai mereka ketika mereka di bilik karaoke selepas makan malam, di mana mereka kemudiannya mabuk.

Dalam laporan keduanya, mangsa berkata dia dimaklumkan oleh salah seorang rakan perempuan yang turut hadir pada malam kejadian, bahawa makan malam dan sesi karaoke itu dikatakan merupakan satu “set-up” (perancangan) oleh Hilman.

Mangsa berkata dia kemudiannya menulis kepada polis pada 12 Jan, meminta kes itu dibuka semula.

Dia turut mendakwa laporan pertamanya ditarik semula kerana individu-individu yang dinamakannya di dalam laporannya itu mengugut dan memberikan tekanan kepadanya.

Ekoran itu, mangsa berkata dia merakam kenyataan dengan pihak polis, kali ini dengan mendakwa Hilman turut terlibat dalam insiden berkenaan.

Wanita dirogol rakan Hilman Idham

Bagaimanapun, dalam laporan awalnya, mangsa percaya Hilman tidak bertanggungjawab atas serangan seksual itu, namun “tidak pasti” yang mana antara dua rakan Hilman itu yang melakukannya.

Katanya, ingatan terakhirnya sebelum tidak sedarkan diri dalam keadaan mabuk, ialah wajah seseorang di atas tubuhnya sebelum tidak sedarkan diri kerana mabuk.

Hilman tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan Malaysiakini untuk memberikan komen.

Sementara itu, Asheeq mengesahkan bahawa anak guamnya telah mengenal pasti dirinya sebagai wanita yang dilihat bersama seorang lelaki – yang dia dakwa ialah Hilman –

kepada pihak polis, seperti yang dapat dilihat dalam satu rakaman CCTV yang tersebar baru-baru ini.

Rakaman CCTV yang agak kabur itu diambil daripada luar sebuah bilik hotel di Sri Hartamas di mana kejadian rogol itu dikatakan berlaku.

“Polis tak cakap apa-apa berkenaan video itu. Tapi mereka kenalah (siasat), memandangkan anak guam saya minta satu siasatan ke atas pendedahan video berkenaan,” katanya.

Minggu lalu, Hilman – yang juga setiausaha politik kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali – menafikan sepucuk surat yang dikaitkan dengan insiden itu sebagai palsu.

Dalam surat berkenaan, dia dikatakan meminta maaf kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung perkara itu.

Dia bagaimanapun tidak mengulas berkenaan video berkenaan.

Asheeq juga berkata, pihak polis tidak memaklumkan apa-apa maklumat berkenaan kondom yang ditemukan anak guamnya dalam bakul sampah di bilik hotel berkenaan.

Semalam, The Star melaporkan bahawa polis sedang menyiasat kes itu daripada sudut baru, dan dijangka memanggil semua saksi dan suspek.

Siasatan awal menyaksikan penahanan dua suspek yang dinamakan mangsa dalam laporan pertamanya, tetapi mereka kemudian dilepaskan. MK

Salinan Laporan Polis

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Degil, lagi 366 kenderaan perantau Kelantan diarah patah balik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker