Cuti sektor pendidikan disyor dilanjutkan sehingga hujung bulan

Cuti sektor pendidikan disyor dilanjutkan sehingga hujung bulan
Cuti sektor pendidikan disyor dilanjutkan sehingga hujung bulan. Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan tempoh cuti bagi sektor pendidikan dilanjutkan sehingga hujung bulan ini.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia antara langkah bagi mengelak sebarang perhimpunan besar-besaran yang berisiko menular luas jangkitan COVID-19.

Beliau berkata, pelanjutan tempoh cuti itu membolehkan mereka duduk di rumah, sekali gus memutuskan rantaian jangkitan pandemik.

“Untuk sektor pendidikan mungkin akan disyorkan dipanjangkan cuti hingga ke akhir bulan ini supaya mereka duduk di rumah dan boleh putuskan rantaian.



“Kita juga cadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk elakkan perhimpunan besar-besaran. Kalau tempat ada perhimpunan, kena sekat. Satu kebimbangan KKM kerana akan ada perhimpunan, lawatan sanak-saudara dan sebagainya.

“Kita kena elakkan rentas negeri dan pastikan tiada rentas daerah. Nasihat KKM kepada semua, duduk di rumah kalau tiada urusan penting. Kalau ada urusan penting, patuh prosedur operasi standard (SOP),” katanya pada sidang media, hari ini.

Menyuarakan kebimbangan jika majlis perhimpunan besar-besar terus dianjurkan, Dr Noor Hisham berkata Malaysia perlu mengambil iktibar apa yang berlaku di India.

Katanya, penularan mendadak kes jangkitan COVID-19 di negara itu mengakibatkan ‘tsunami’ wabak dan Malaysia perlu mengelak episod berkenaan daripada berlaku di sini.



“Apakah yang boleh kita belajar dan elak tsunami di negara kita. Yang pertama, apabila 7 Mac, pemimpin mereka telah isytiharkan iaitu kawalan pandemik COVID-19 amat baik dan akan tamatkan di India. Jadi, apabila pengumuman itu telah dimaklumkan, ramai rakyat India sudah tidak patuh kepada SOP.

“Maka kelonggaran pun berlaku, perhimpunan pun telah berlaku. Perhimpunan berlaku di pantai, perhimpunan berlaku di upacara keagamaan dan sebagainya termasuk majlis perkahwinan, seterusnya jangkitan berlaku.

“Kedua, mereka adakan pilihan raya negeri dan ini juga satu kempen membabitkan 200,000 tindakan penjarakan fizikal, tiada pemakaian pelitup muka dan jangkitan berlaku.

“Kita kena belajar ambil iktibar di India untuk elakkan pilihan raya seperti kita lihat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan sekarang kita bimbang kalau kita tak gunakan ordinan darurat, PRN Sarawak terpaksa diadakan iaitu pada Jun,” katanya. BH



 


Baca Artikel Menarik


 



Senarai sekolah yang ditutup di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker